Wednesday, June 26, 2013

Burasak

Buras Oh Buras......

Baru-baru nie..Ibu dan Ayah mertua ku baru datang menziarah anak menantu cucunya di sini Semenanjung....Hubby Selangit Biru adalah anak jati Sabah...Kunak,Tawau...
Seperti selalunya sesiapa sahaja yang datang atau pulang daripada Sabah mesti tidak lupa untuk membawa Buras ataupun Burasak...
Buras ini adalah makanan orang Bugis....Buras ini di masak oleh Makci Hubby Selangit Biru...Makcik Hubby nie sangat sayang Kepada semua Anak Saudaranya serta menantu dan cucu...Bagiku Makcik Seperti  Ibu ku juga.....
Dan Selangit Biru...memang suka Buras....maklumlah kalau di Semenanjung Kita makan Ketupat...Buras nie lebih kurang ketupat la...oklah  resepi nie Selangit Biru dapat dekat 
terima kasih kepada tuan empunya resepi.....

Burasak

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
  • Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. 24-10-08_2148
    Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. 24-10-08_2149
    Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. 24-10-08_2154
    Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. 24-10-08_2321
    Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.


I MISS YOU..AKU RINDU PADAMU

Hari-hari yang ku lalui terlalu lama Aku rasakan...
Jiwa dan perasaan ku kosong...hampa..kecewa...
Kasih ku hanyalah bertepuk di sebelah tangan..
Di saat ku melihat Dirimu berada di sampingnya...
Luruh seluruh jiwaku...lemah-longlai langkahku..tidak bermaya....


Inikah ujian cinta.....???
Inikah pahitnya cinta.....???
Inikah seksanya cinta....???
Inikah sengsaranya cinta..???
Inikah di namakan racun cinta...???

Tatkala rindu datang menjelma.....

Tatkala hati meronta ingin bertemu dengannya..
Tatkala mata ingin bertentang mata...
Tatkala mulut ingin berbicara....
Menyatakan Aku Cinta PadaMu...
Menyatakan Aku Amat MerinduiMu...

Sesungguhnya Hanyalah Dirimu yang bertahta di hatiku....
Satu-satunya hanya Dirimu.....

Tapi......
Mana Mungkin.....
Aku mampu menyatakan semua ini....
Aku hanya mampu berfantasi di dalam Dunia Ku sendiri....
Di Dunia Realiti...Dirimu terlalu jauh dariku...
Dan Aku hanya melihat dirimu di satu sudut tiada siapa yang menyedari akan kehadiran dan kewujudan ku......
Hadirku hanya untuk Melihat Mu....

Kerna.....
Aku cinta Pada Mu...
I Miss You...Aku Rindu Pada Mu.......


Monday, June 24, 2013

Syahdu...Mahdu...Pilunya Sepilu...hati Selangit Biru......


Hari nie..hati Selangit Biru sedih sekali...pedih..medih..pilu..ngilu..Syahdu..Mahdu..semuanya ada...Betul dan benar belaka..kerana kata-kata adalah senjata yang amat tajam..tajam daripada pedang dan pisau..kerna kata-kata boleh mengguris hati dan perasaan..tajamnya bukan setakat menusuk   jantung tetapi sehingga jiwa dan raga Selangit Biru...

Kejadian yang memilukan ini berlaku semalam...Selangit Biru dan Hubby serta anak2 baru pulang daripada Sukan Sekolah Kebangsaan Kakak...Kakak terlibat dengan Acara Perbarisan Sekolah dan Acara Olahraga..jadi sebagai ibu dan bapa kami haruslah hadir untuk memberi sokongan kepada kakak..satu-satunya anak perempuan kami...

Kebetulan di Blok Apartment Selangit Biru pula mengadakan gotong-royong Blok pada hari yang sama iaitu Ahad semalam. Jesteru itu, Selangit Biru telah memaklumkan kepada AJK yg lain yg Selangit Biru tidak dapat ikut serta aktiviti gotong-royong kali ini..kerna Selangit Biru and family ingin pergi ke sekolah kakak. AJK yang lain faham dan setuju..mereka juga mengiyakan bahawa Selangit Biru haruslah berada di sekolah untuk memberi sokongan kepada anak Selangit Biru. Hati Selangit Biru serba salah juga pada mulanya memandangkan Selangit Biru adalah Setiusaha Blok Apartment jadi tugas2 Selangit Biru terpaksa di serahkan kepada AJK yg lain. Tapi memandangkan semua AJK berhati besar dan memujuk Selangit Biru supaya tak risau...bukannya Selangit Biru saja-saja tidak hadir..hal2 anak2 jugak adalah penting. 

Keputusannya Selangit Biru pergi bersama salah seorang jiran Selangit biru memandangkan hubby kerja malam.Hubby Selangit Biru kerja malam jadi besok pagi dia balik terus ke sekolah, walaupun mengantuk dan letih baru pulang dari kerja Hubby tetap datang kerna hubby Selangit Biru adalah seorang suami dan ayah yg baik....Selangit Biru memang bangga dan sayang serta bersyukur kerna mempunyai teman hidup yang baik..Alhamdulillah...

Seperti yang dijanjikan Selangit Biru pun pergi kesekolah..daripada pukul 8.00 pagi sehingglah pukul 1.00 tengahhari barulah sukan berakhir dan kami pun pulang dalam keletihan memandangkan keadaan cuaca yang tiba2 tidak elok..jerubu pula melanda...
Setiba di Blok, Selangit Biru dan Hubby singgah di dataran Blok..tengok semuanya tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk. membungkus lebihan makanan untuk di agih2kan kepada sesiapa yang ingin membawa pulang...maknanya aktiviti gotong-royong juga telah selesai.

Seperti biasa kami pun bergurau-gurau..adakalanya gurauan jiran2 Blok Apartment nie terlebih dan kasar di dengar..tapi Selangit Biru buat tak tahu je maklumlah mereka lebih tua daripada Selangit Biru..Lazer..mazer semua ada..itulah tak kena..orang tuelah..orang nielah..macam2 gosip mosip ade...hal ehwal dalaman pun ade...tapi Selangit Biru buat dek je.ahhh tak uuhhh pun tak...dalam hati Selangit Biru nak naik sebab letih dan hubby pun nak rehat baru balik kerja..seian hubby ...Sedang gurau senda tue jiran2 yang lain hulur bungkusan makanan kepada Selangit Biru ..pada mulanya Selangit Biru menolak suruh beri pada yg lain tapi semuanya dah dapat katanya... nie memang utk Selangit Biru..Selangit Biru rasa segan coz Selangit Biru tak menolong pun tiba2 dapat bahagian pulak...

Mereka pun mengusik-ngusik Selangit Biru..hai tak reti2 lagi kerr nak cuci periuk belangga yg banyak nie...banyak cantik..amboiiii..semuanya ade...kami pun tertawa terkekek-kekek..Selangit Biru cakap letih nak balik naik..lagipun hubby baru balik..mereka apalagi bertambahlah mengusik-usik dgn hubby...iyelah naiklah..kesian kat hubby tue...Selangit Biru pun tergelak...Selangit Biru tersengih...diaorang nie kalu bergurau tak hengat..semuanya keluar maklumlah antara semua Ajk nie Selangit Biru yang muda..faham2jelah orang perempuan kalu bergurau camna...

Di jadikan cite, Selangit Biru pun mengambil bungkusan makanan yang di beri tadi ..hubby pun naik..Selangit Biru pun say mekaseh bagi bungkusan makanan nie..baru je nak berlalu nak naik..tiba-tiba terdengar kata-kata yang amat pedas sekali..tersentap..di sentap ..rasanya jantung Selangit Biru mendengarnya....

" Hai!!..Setakat datang nak bungkus dan tapaw je baik tak payah...orang pergi kenduri khawin pun makan bayar...bukannya dtg nak membantu..nie semua asyik datang tapaw..balik..."..
sambil gaya muka dan mulut mengomel-ngomel....

Ya Allah..tersentapnya Selangit Biru..sebak dan pilu terus hati Selangit Biru mendengarnya..adakah ini gurauan..tapi tidak kerna cara cakapnya adalah sinis dan Selangit Biru pandang tepat padanya..tidak seperti orang yang bergurau..kerana gurauan tadi sudah berakhir...jadi mana mungkin kata-kata ini adalah gurauan....

Sambil menahan sebak dan airmata Selangit Biru meletakkan semula bungkusan makanan tadi di atas meja...Selangit Biru pun bertanya...
"Pemberian makanan ini ikhlas ataupun tidak...???? Kalu kena buat kerja saya tak ambil makanan nie..kerna saya tak membantu pun tadi...kalu saya tahu saya tak terima bungkusan ini awal-awal tadi..."

Kemudian ada pula yg berkata...
"haaaiiii..kau pegi kenduri khawin kalu nak makan atau di beri bungkusan makanan kena buat kerja dulu kerr..baru boleh dapat...??? "

dan inilah jawapanya...
" haii..aku dah bayar makanan tue..duit yg aku bagi tuelah kira aku byr makanan...jadi tak payahlah aku nak basuh pinggan mangkuk lagi..." 
selamba dia menjawabnya...

Selangit Biru pun cakap terima kasihlah dan terus berlalu melangkah naik tangga...tanpa sedari mengalir airmata Selangit Biru...Bungkusan Makanan tadi Selangit Biru tinggal di atas meja...Tidak terniat hati selangit datang untuk minta makan ataupun bungkusan..rasa macam ape je kite nie datang seolah-olah untuk minta makan je....Biarlah orang kata Selangit Biru nie touching..ke..maching..ke...yang pasti ...Selangit Biru nie bab makanan memang sensitif...makanan tue....

Tergiang-giang telinga Selangit Biru..mereka yg ada di bawah semua menjerit-jerit memanggil nama Selangit Biru..tapi Selangit Biru terus berlalu..Hubby bertanya kenapa..Selangit Biru hanya mendiamkan diri dan perlahan menyapu airmata yang mengalir.....

Selangit Biru punya hati dan perasaan..Selangit Biru juga seorang manusia yang serba kekurangan dan tidak sempurna....kata-kata itu seolah-olah ingin mengaibkan maruah diri Selangit Biru...Sebaik hubby tidak mendengar...

Selama ini Selangit Biru hidup dengan berpegang teguh untuk memelihara dan menjaga diri serta maruah suami Selangit Biru...segala-galanya cukup di beri oleh hubby tiada yang kurangnya...jadi setakat makanan bungkusan itu kalau tidak di beri pun tidak mengapa...kami tetap makan sekerluarga...tidak pernah Selangit Biru minta-minta kepada sesiapa...baik dulu hinggalah kini....susah senang kami usaha sendiri....

Tidak lama kemudian datang Kakak Selangit Biru membawa bungkusan makanan tadi dan di letakkan di dapur..katanya jangan mengambil hati atas kata-kata jiran tue dia memang begitu...tapi kakak Selangit Biru tidak mendengar kata-katanya itu...bolehlah cakap begitu..cuba kakak dengar..rasanya kakak pun akan bertindak seperti Selangit Biru...pesan kakak Selangit Biru jangan di buang bungkusan makanan itu....rezeki....dan kepada hubby selangit biru supaya jangan ambil hati..tapi hubby ckp dia tak tahu apa cite pun...

Petang tue...setelah cool..sejuk...Selangit Biru dah senyum..hubby pun bertanya kepada Selangit Biru apa cerita sebenarnya sehingga Selangit Biru merajuk sedemikian rupa...sedangkan Selangit Biru bukannya orang yang mudah mengambil hati ...Selangit Biru pun cite dekat hubby apa yg terjadi...Hubby pun faham dan Bersabar je lah katanya...

Iyelah..setiap gurauan itu pasti ada batasnya..janganlah bergurau sehingga boleh menjatuhkan maruah dan mengaibkan orang lain....kata-kata itu mencerminkan siapa diri kita..dari segi bertutur..tingkahlaku..budibahasa..adab sopannya..walaupun Selangit Biru tidak lah sebaik mana tapi Selangit Biru tahu batas-batas pergaulan sesama insan.

SESUNGGUHNYA KATA-KATA ITU MENUSUK DAN MENIKAM KALBU KU.......

Sunday, June 23, 2013

Tonton..Menonton & Di Tonton ..????

Lama Selangit Biru tak keluar rumah...Terperap dan memerap..la nie Selangit Biru tengah asyik menonton..kaki nonton lah katakan..Selangit Biru kalau menonton memang No.1..ianya tidak di nafikan..sejak kecil lagi..la nie asyik menonton cerita2 Korea...Aaaiiii memang minat habis...Selangit Biru selalu nonton dekat http://www.gooddrama.net dekat sini ada macam2 drama dan movie..tapi korea and Japan lah...

Semua Cite Japan & Korea , Selangit Biru tonton...sedih..comedy..romance..action..thriller..horror..pilih je nak yang mana....Hubby Selangit Biru tak dapat nak buat apelah..dah wife dia kaki tonton..nak buat camna..terima ajelah....hahahaaha..what ever pun, i love you hubby ..kerana selalu memahami hati dan perasaan Selangit Biru...

Anak2 Selangit Biru Pun suka menonton ... kami ade hobby dan minat cite yang sama..paling Selangit Biru minat Citer Kamen Rider..semua kamen Rider,Selangit Biru dah Tonton...la nie tgh ikut siri Kamen Rider Wizard .. tak habis lagi...kalu nak tonton kamen Rider boleh tonton dekat http://www.gooddrama.net @ http://kamenriderwmovie.blogspot.com macam-macam Kamen Rider ade....

Biarlah nak kata Selangit Biru cam budak2 pun tak kisah..tapi itulah Selangit Biru punya minat...menonton...
Walaupun Selangit Biru kaki tonton tapi Selangit Biru tak lupa akan tanggungjawab Selangit Biru sebagai seorang Isteri dan Ibu kepada anak2 Selangit Biru....Aaaahhhhhh...janji happy dan bahagia....

Sekarang nie Selangit Biru tengah menonton drama siri nie lah..jom tonton....

Gu Family Book

I Hear Your Voice 


 kamen rider wizard 

Menonton adalah satu-satunya hobi dan Minat Selangit Biru Dari.... Dulu....Kini...Dan..Selamanya...