Monday, April 21, 2014

AKU SEORANG ISTERI !!!

  AKU SEORANG INSAN YANG BERGELAR ISTERI,
KASIHKU..CINTAKU..SAYANGKU..HANYALAH UNTUK SUAMI KU.

AKU SEORANG ISTERI, YANG SANGGUP MENGHARUNGI BADAI KEKECEWAAN..PENDERITAAN..KESENGSARAAN..KELUKAAN..KESEDIHAN..
KEKURANGAN..HANYALAH KERANA DIA SUAMI KU.

AKU JUGA SEORANG ISTERI, YANG SANGGUP MEMAAFKAN ATAS SEMUA KESILAPAN..KEPERITAAN..KECURANGAN..PENGKHIANATAN..KERANA DIALAH SUAMI PILIHANKU..

NAMUN MASIH MAMPUKAH LAGI AKU TERUS BERTAHAN DENGAN GELARAN AKU SEBAGAI SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI KU...????

AKU MENJADI TAKUT MENGHADAPI HARI-HARI SETERUSNYA ..MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN DARIPADA YANG MAHA ESA UNTUK MENGUJI KESETIAAN DAN KETULUSAN CINTAKU KEPADA SUAMIKU..

AKU SEORANG ISTERI YANG SENTIASA MENGHARAPKAN KASIH..SAYANG..CINTA..DARI SUAMI KU YANG TIDAK TERHINGGA..
NAMUN SEBAGAI SUAMI ADAKAH DIA MEMAHAMIKU SEBAGAI SEORANG ISTERI..???

AKU SEORANG ISTERI ..DAN TETAP SEBAGAI SEORANG ISTERI..
ESOK LUSA TULAT DAN HARI-HARI SETERUSNYA SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU..
BIARLAH AKU TERUS BERGELAR SEORANG ISTERI KEPADAMU...

KERNA..

AKU HANYALAH SEORANG ISTERI...............................








Tuesday, April 15, 2014

"MINI GIVEAWAY : SIAPA NAK SOTONG?"

SOTONG...SIAPA SUKA SOTONG..????
SAYA SUKA..SAYA SUKA...SAYA SUKA...
DI SEBABKAN SAYA SUKA SOTONG SO SAYA PUN JOIN .....
 "MINI GIVEAWAY : SIAPA NAK SOTONG?".....

SIAPA LAGI MINAT SOTONG....???? KALU MINAT JOM LAH JOIN SEKALI....HADIAHNYA PUN SOTONG....FIRST PRIZE...
NAK SOTONG....

KLIK SOTONG


PRINT SCREEN SAYA UNTUK SOTONG....





GIVEAWAY BERMULA DARI 22/3/2014 HINGGA 23/4/2014

JIWA KACAU


Aiiishhhhh.....orang kata tak baik mengeluh...tapi nak buat macamana..dengan mengeluh sahaja dapat mengurangkan tekanan perasaan yang tengah melanda jiwa ini...
Ahhhhhh....jiwa kacau betul..serabut rasanya..bermacam-macam berlegar di dalam kepala otak ini...kenapa dan mengapa....????
Apa nak di herankan... dah ditetapkan oleh ketentuan Illahi.. setiap umatnya pasti akan diuji..Setiap ujian yang diberikan tidak pernah melebihi tahap kemampuan seseorang itu..so berbanyak bersabar..tawakal dan redha..Sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya...Allah tidak pernah mengharapkan keburukkan untuk setiap umatnya apa yang di ingini hanyalah pengajaran dan kesedaran...So janganlah mengeluh...Beristifar lah selalu..berzikir mengingati Allah..Pasti jiwamu yang kacau akan mendapat ketenangan....

Tidak dinafikan kadang-kala ujian itu terlalu berat buat kita...itu menandakan Allah masih ada dan mengingati serta mengasihi ...Di sebabkan inilah Allah memberi peringatan dan ujian..kadang-kala ujian ini untuk menyedarkan kita ..mungkin kerana kita telah mula hanyut..lupa dan lalai pada diri dan tanggungjawab kita sebagai umatnya....

Sesungguhnya kita beruntung kerana kita di lahirkan dibumi yang aman damai ini jika dibandingkan di negara-negara Islam yang lain yang hidup dalam kesedihan..keperitan..kesengsaraan..kelaparan..ketakutan atas cetusan peperangan. Bayangkan jiwa kacau yang melanda-anak-anak kecil di sana..tidak tersanggup melihat keperitaan yang ditanggung mereka..bagaimana sekiranya kita di tempat mereka....

Aaaahhhhhhhh....Ya Allah tak sanggup rasanya hambamu ini membayangkan saat-saat seperti itu terjadi..berilah kedamaian dan kententeraman pada setiap jiwa yang kacau agar tiada lagi pemberontakkan dan peperangan..lindungilah kami ya Allah daripada jiwa yang kacau agar kami terus waras dan sedar akan tanggungjawab kami sebagai manusia dan umatmu..

Seandainya Jiwa kacau terus melanda beristifarlah..berzikirlah..mengingati Allah..Insyaallah jiwamu yang kacau pasti akan mendapat ketenangan dan jiwa kacau mu pasti akan di lindungi...
UCAPKANLAH.........




Friday, April 11, 2014

GELISAH RESAH JIWAKU


   GELISAH RESAH JIWAKU.......................

Menanti mu disaat dan di kala ini menguji diriku...
Kesabaran hadirlah dikau menemani...
Keyakinan hadirlah dikau menemani...
Ketabahan hadirlah dikau menemani..
Kekuatan hadirlah dikau menemani...
Di saat Aku menanti Si Beauty kekasih hati...
    
Di saat Aku meluahkan rasa kasih cinta ku dihati....

Beauty oh Beauty 
sesungguhnya Romeo ini telah jatuh hati.       
Jatuh hati..tertawan hati..tertambat hati,,,
kepadamu Beauty yang sememangnya beauty...
Beauty oh Beauty 
dengarlah ucapan dan isi hatiku..
AKU CINTA PADAMU..
I MISS YOU...
KAULAH CINTA HATIKU..
KAULAH SEGALANYA BAGIKU..
TERIMALAH HATIKU..
TERIMALAH CINTAKU..
TERIMALAH DIRIKU..
SEBAGAI KEKASIH DAN CINTA HATIMU..
AKU IKHLAS MENYINTAIMU SEADANYA DIRIMU..
PERCAYALAH ..HATI,JIWA,DIRI DAN PERASAAN KU..
HANYALAH UNTUK DIRIMU...
I LOVE YOU BEAUTY...
HADIRMU PENYERI BUAT HIDUPKU....

GELISAH..RESAH..JIWAKU..
Menanti jawapaanmu..
Menanti kata-katamu..
Menanti ucapanmu..
Menanti persetujuan atau penolakkanmu..
Di saat kau melihat..memandang..merenungku..
semakin Aku rasakan..
GELISAH..RESAH..JIWAKU..

GELISAH RESAH JIWAKU

Melihat mu disaat dan di kala ini menguji diriku...
Kesabaran hadirlah dikau menemani...
Keyakinan hadirlah dikau menemani...
Ketabahan hadirlah dikau menemani..
Kekuatan hadirlah dikau menemani...
Di saat Aku menanti Si Romeo kekasih hati...



Romeo oh Romeo 
sesungguhnya Beauty  ini juga telah jatuh hati.       
Jatuh hati..tertawan hati..tertambat hati,,,kepadamu Si Romeo Kucing Malaya ini..

Romeo oh Romeo.. 
dengarlah ucapan dan isi hatiku..
AKU CINTA PADAMU..
I MISS YOU...
KAULAH CINTA HATIKU..
KAULAH SEGALANYA BAGIKU..
TERIMALAH HATIKU..
TERIMALAH CINTAKU..
TERIMALAH DIRIKU..
SEBAGAI KEKASIH DAN CINTA HATIMU..
AKU IKHLAS MENYINTAIMU SEADANYA DIRIMU..
PERCAYALAH ..HATI,JIWA,DIRI DAN PERASAAN KU..
HANYALAH UNTUK DIRIMU...
I LOVE YOU ROMEO...
HADIRMU PENYERI BUAT HIDUPKU....

GELISAH..RESAH..JIWAKU..
Memberi jawapan kepadamu..
Memberi kata-kata kepadamu..
Memberi ucapan kepadamu..
Menyatakan dan memberi persetujuan kepadamu..
SESUNGGUHNYA AKU JUGA MENYINTAIMU..
SESUNGGUHNYA AKU JUGA MENYANYANGIMU..

Romeo oh Romeo ku..
Semoga hilanglah  GELISAH..RESAH..JIWAMU..





Wednesday, April 9, 2014

Jahit,Menjahit Dan Terjahit


Hari nie Selangit Biru nak cerita pasal menjahit. Di jadikan cerita Selangit Biru barulah belajar menjahit. Belajar sendiri je ..tengok-tengok kat blog ,you tube,belajar dgn geng-geng jahit dan masuk group menjahit kat FB https://www.facebook.com/groups/gengjahit/. Terima kasih tak terhingga buat member-member dan geng-geng jahit yang  banyak mengajar.....mekaseh!mekaseh!
 Niat di hati nak menjahit untuk baju anak-anak, my hubby dan Selangit Biru sendiri.

Permulaanya Selangit Biru pinjam mesin jahit kak ipar Selangit Biru. Mesin jahit inilah Selangit Biru cuba membiasakan diri dan mula menjahit. Mula-mula memang agak payah terutamanya bila benang tak jadi, jarum patah dan benang kusut-kusut.Masa-masa macam inilah berkusut kepala otak Selangit Biru alih-alih panggil kak ipar mari betulkan.

Namun Semangat selangit Biru tetap kuat nak belajar jahit baju jugak. Akhirnya berkat kesabaran jadi jugalah baju-baju Selangit Biru walaupun jahitannya senget-senget sikit. Ahh!!! Tak kisah janji happy....
Bila lihat anak-anak pakai baju yang Selangit Biru jahit..rasa sesuatu di dalam hati...bahagianya rasa terutaman Hubby turut pakai baju yang Selangit Biru buat. Terharu jugak coz walaupun macam besar sikit My Hubby tersenyum je tak kritik apa-apa pun...Terima kasih Hubby....

Alhamdulillah.sekarang nie dah bolehlah nak jahit baju untuk keluarga Selangit Biru di tambah lagi dengan hadiah yang Hubby Selangit Biru berikan , bertambah-tambah lagilah semangat Selangit Biru. Terima Kasih Hubby.

Insyaallah Tahun nie kami sekeluarga akan pakai baju jahitan Selangit Biru ...Sedondon dah semestinya.....

 First Time buat baju anak-anak JUBAH RIAU

Hadiah dari My Hubby Brother GS 2700

Baju Melayu Adik Hasbi









KOLEKSI SETAKAT INI..............


Tuesday, April 8, 2014

APPLAUSE BLUE ROSE - 5



DUNIA RAHSIA APPLAUSE

Applause meningkat remaja dan semakin matang. Applause menerima segala kepahitan dalam hidupnya sebagai satu cabaran untuk terus hidup di dalam dunia ini. Applause ingin membina dunianya sendiri. Applause merencanakan setiap apa yang harus di pilih, dilakukan demi masa depannya. Applause mewarnakan setiap lukisan hidupnya.

Applause sedar dia berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Semua hidup,minat segala-galanya di tentukan oleh IbuBapa mereka, tapi tidak bagi Applause. Semua urusan Applause harus buat sendirian namun bagi Applause ini tidak menjadi masalah baginya kerana Applause adalah insan yang berdikari.

Applause duduk termenung jauh, sejak akhir-akhir ini Applause sering bermimpi di datangi seorang tua berjubah hijau. Orang tua itu membawanya berjalan ke arah belakang rumahnya. Applause menjadi hairan dan pelik kerana ada perkampungan yang indah di belakang rumahnya sedangkan di situ hanya ada hutan dan kebun Ayahnya.

Kampungnya cantik, sebelum memasuki kampung tersebut Applause lihat ada sebatang sungai kecil yang jernih airnya. pokok-pokok bunga, kanak-kanak serba putih berlari-lari bermain, angin sepoi-sepoi meniup perlahan..terasa ketenangan yang teramat sangat. Applause tertarik dan rasa nyaman sekali seperti tidak ingin pulang ke rumahnya.Kawasan rumahnya pula seperti rumah kampung di perak, rumah kayu tapi ukiran setiap rumahnya sangat unik dan menarik.

Mata Applause turut memerhati setiap sekeliling sehinggalah Applause sampai di destinasi rumah yang di tuju.Orang tua itu menghulur tangan kepada Applause mengatakan ini adalah rumahnya sekarang..Applause kekeliruan..mimpikah..benarkah..nyatakah...Orang tua itu menjemput Applause masuk tetapi Applause merasakan kakinya tidak boleh melangkah terlalu berat. Ingin di capai tangan orang tua itu tapi rasanya semakin menjauh ..Applause lihat orang tua itu hanya tersenyum dan akhirnya semakin kabur,jauh dan jauh..sehinggalah Applause tersedar daripada lenanya.

Applause mengucap panjang..mengapa mimpi ini selalu menganggunya. Applause pergi ke belakang rumah tapi hampa tiada apa di situ. Adakah ini imaginasi Applause sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Berjam-jam Applause duduk di belakang rumahnya mencari jawapan yang tidak pasti.

Applause akur akan di tujukan jua soalan ini kepada Ayahnya nanti. Applause menanti kepulangan Ayahnya untuk mendapat kepastian maksud tersirat di dalam mimpinya.

Seperti yang direncanakan Ayah pulang dari kerja, Applause membiarkan Ayahnya berehat dahulu dan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan mengenai mimpinya yang berulang kali.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba..Ayah duduk di beranda sambil menggulung rokok daunnya dan saat ini adalah saat yang sesuai untuk Applause berbicara. Applause duduk di hadapan Ayah.Ayah tersenyum memandang Applause.

"Kenapa..?? dari tadi ayah tengok resah je..ada masalah ke anak ayah nie..." sambil tangan ayah mengulung-gulung rokoknya.

" Orang asyik mimpi yang sama je! Belakang rumah kita ada kampung ke yah..orang tengok ada sungai,rumah cantik-cantik cam kat kampung perak,orang-orang dia baik.." Cerita Applause mengenai mimpinya.

" Mainan tidur tue..mana ada kampung ..tue kan hutan tue..." terang Ayah lagi.

" Eleh...cakaplah yah..ada apa kat belakang tue..selalu sangat pakcik tu datang ajak orang tinggal sana.katanya rumah orang.." Applause mendesak ayahnya bercerita Applause yakin ayahnya tahu misteri di belakang rumahnya.

" Tu kampung orang Bunianlah...sebb tue ayah tak bagi kamu duduk sana sorang-sorang kat parit tu.kamu suka sangat duduk kat situ tu yang di ajak kamu duduk kat kampungnya.kamu nak ke..? " tanya Ayah sambil tersenyum.

" Aiiisss...taknaklah orang..nak buat apa bukannya orang kenal pun...jadi betullah yah belakang rumah kita nie kampung Bunian macam orang kampung cakap tue..?" soal Applause lagi.

Ayah hanya mendiamkan diri tidak menjawab persoalan Applause. Applause faham maksud Ayah maknanya jangan di tanya lagi.

Applause dan Ayah duduk sambil memerhati sang bintang berkelip-kelip di waktu malam, indah sekali. Applause tersenyum.Applause rasa gembira bila berada di sisi ayahnya. Ayah selalu bercerita mengenai kisah-kisah dogeng,seram yang terjadi di dahulu kala.cerita-cerita kisah ayahnya mengembara,meneroka kawasan kampung, zaman-zaman muda ayahnya menjadi minat kepada Applause.
Applause dan Ayah memang akrab. 

Applause merenung ke langit melihat butiran bintang...hatinya tersenyum..indahnya malam ini tidak seperti hidupku....Applause melihat ke arah ruang tamu melihat gelak tawa ibu,abang,kakak dan adik-adiknya menonton rancangan televisyen.  Bahagianya mereka bersama seolah-olah Applause tidak wujud di dalam hidup mereka.

Applause mengeluh panjang............hampa..kecewa...

( BERSAMBUNG APPLAUSE BAHAGIAN KE - 6 )

Monday, April 7, 2014

SYABU...BUKAN ...SYURGAWI !!!

 SYABU..SYURGAWI....?????

Entry kali ini Selangit Biru ingin berkongsi info tentang sejenis dadah yang bernama Syabu. "dMethamphetamine hydrochloride" adalah nama saintifiknya atau lebih di kenali lagi dengan nama panggilan (street name) SYABU.
Syabu adalah satu jenis dadah tiruan ataupun 'DESIGNER DRUGS'.

Perkataan syabu sebenarnya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah..Syabu mempunyai beberapa lagi nama panggilan seperti :



  • ICE
  • GLASS
  • CRACK METH
  • HIROPONG
  • BATU (STONES)
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah / putih dan bersifat lutcahaya (colourless rock-like transparent granules) yang halus.Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti :
  • China white
  • Cristal Stones
Pada umumnya, syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu :
  • Cristal Stones
  • China White
  • Syabu biasa yang kebanyakkanya telah di campur dengan tawas.









Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang nerukuran 2cm x 2cm dan berat dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045g dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.




Bahan-bahan utama yang terkandung di dalam syabu ialah "dMethamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian lll Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin.1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine,hydrochorideacid dan synthesis kimia seperti berikut :
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3



Manakala peralatan yang digunakan untuk menghisap syabu pula di kenali sebagai 'Dapur'. seseorang penagih dadah akan menghasilkan penggunaan 'dapur' nya mengikut kreativitinya yang tersendiri daripada bahan buangan terpakai.Antara bahan buangan terpakai yang digunakan untuk menghasilkan 'Dapur' tersebut ialah botol minuman keras, botol air mineral, bekas pewangi,paip getah dan pelbagai bahan lain mengikut imaginasi si penghasil.




Contoh penggunaan syabu :
  • Hidu (Chasing the dragon)
  • Suntikan
  • Hisap

















Alasan dan sebab penyebab penggunaan syabu ke atas pengguna adalah :
  1. Hilang mengantuk dan berjaga-jaga lebih daripada 24jam
  2. Kekuatan mental dan fisikal
  3. keseronokkan dan khayalan
  4. Bertambah keseronokkan seks dan daya tahan
  5. Ingin Menguruskan badan
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

Kesan-kesan atau akibat penyalahgunaa syabu di bahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang.
Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

  1. Khayalan atau hakusinasi pada penglihatan dan pendengaran
  2. Perangai cepat marah,resah dan perasaan tidak tenang
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi dan
  4. bersifat agresif
Akibat jangka masa panjang pula adalah seperti berikut :

  1. Kerosakkan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok)
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang
  4. Pergantungan psikologi keatas syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya
  5. Mendatangkan kerosakkan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut
  6. Boleh mengakibatkan penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease yang sukar diubati.




























































Kawalan Undang-undang ke atas syabu.

Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikkan pemjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakkan makamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.


Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengekspot atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.


Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah perangsang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini :-
  1. Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.
  2. Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh di kenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
  3. Pemilik lebih 5g tetapi kurang 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2 sehingga 5 tahun dan sebatan 3 hingga 9 sebatan.
  4. Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
  5. Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.

Statistik Penggunaan Dadah

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), secara purata seramai 620 penagih baru dan 360 penagih berulang dikesan setiap bulan.  Jika dibandingkan statistic penagihan mengikut umur bagi bulan Januari hingga Mac 2013, golongan belia merupkan golongan yang paling ramai terdedah (73%) berbanding dengan golongan dewasa (23%).  Golongan belia ini berumur antara 19 tahun hingga 39 tahun.  Megikut kajian AADK, jenis dadah yang paling banyak digunakan adalah jenis heroin (45%), diikuti dengan morfin (32%), ganja (16%) dan yang membimbangkan jenis ATS seperti syabu ini makin meningkat (7%).
Dalam pengambilan dadah jenis "ice", yang juga dikenali sebagai syabu, atau ‘meth’ (singkatan kepada nama scientificnya Methamphetamine) adalah popular di kalangan belia di bandar dan luar bandar. Senario di Malaysia menunjukkan peratusan penyalahgunaan dadah jenis sinthetik ini di kalangan belia dan remaja, menunjukkan peningkatan dan keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka merupakan aset terpenting sesebuah negara. 

Dadah Dari Sudut Pandangan Islam
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama, iaitu memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan……" Surah Al-Baqarah : 195

Tindak Balas Syabu Di Dalam Badan

Kesan keseronokan (khayal) akibat pengambilan syabu menyebabkan individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan. Kesan ini dipercayai akibat rangsangan terhadap ‘Dopamine’ iaitu penghantar neuron ke otak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang ‘Dopamine’. Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin dan morfin. Cukup sekadar dua kali dalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagihan.
Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar ‘Dopamine’ dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Untuk mengembalikan Dopamine kepada kadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selama setahun.  Penagih syabu yang ingin meninggalkan ketagihan syabu tidak ada jalan singkat dan mudah, melainkan terpaksa menanggung seksaan akibat dari penagihan tersebut.

Kesan Pengaruh Syabu Kepada Penggunanya

Mental dan emosi
Kesan mungkin menjadi gila akibat halusinasi dan delusi (kekeliruan) sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Prasangka buruk kepada orang lain, mendengar bisikan dan  sentiasa dalam ketakutan seperti ada orang yang  mengejar dan mengintip. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.
Fizikal
Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, berparut dan luka di badan (kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya), kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan dan lumpuh.

Sokongan Dan Bantuan Pemulihan Dadah dan Syabu
Sememangnya penyakit melawan nafsu ketagihan dadah adalah penyakit yang paling sukar dan memerlukan kesabaran, ketabahan dan jati diri yang tinggi. Pihak keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam memulihkan ahli keluarga yang telah menjadi penagih dadah dalam memberikan galakan motivasi. Bekas-bekas penagih yang telah melalui rawatan haruslah diterima balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Perasaan prasangka buruk terhadap para penagih menjadikan mereka berasa tersisih dan akan mudah kembali kepada penyalahgunaan dadah. Kita harus sedar dan memberikan mereka harapan dan peluang untuk memulakan kehidupan baru.

Sesungguhnya seruan dan perintah tegas Allah dalam Al-Quran yang memberi perhatian besar terhadap taubat :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" Surah At Tahrim: 8
Ini adalah perintah yang tegas dari Allah SWT dalam Al Quran kepada manusia untuk melakukan taubat dengan taubat nasuha,  iaitu taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, berazam menghapus keburukan-keburukan yang pernah dilakukan sebelumnya, mengembalikan fitrah kemurnian jiwa. Oleh karena itu, kita hendaklah berusaha dan berdoa kepada Allah  membantu diri kita sentiasa bertaubat kepada-NYA.

Antara Surah Surah Amalan

  • Surah At Taubah (Ayat 28 hingga ayat 36)
  • Surah At Taubah (Ayat 60 hingga ayat 70)
  • Surah Hijr (Ayat 66 hingga ayat 99)
  • Surah Al Hajj (Ayat 40 hingga ayat 55)



Friday, April 4, 2014

HASBI......si cilik kecil ku....


Hari ini Selangit Biru nak cerita kisah si cilik kecil Selangit Biru....
Namanya Muhammad Hasbiatul Iman Bin Sudirman
Di lahirkan pada 5 April 2011 
Nama manjanya Hasbi...
Kenapa Hasbi....????? Sebab Selangit Biru suka dengan 

imej daripada http://ainasyauqahsolehah.blogspot.com


Zikir kesukaan Selangit Biru

Dan apabila lahirnya si cilik kecil ini...Selangit Biru namakan dia Hasbi...Cukup..

 
Giyomi Hasbi...setiap kali pose mesti gaya Giyomi.....

Hasbi seorang yang manja..periang..ceria..pintar..pandai mengambil hati..pandai memujuk terutamanya pada Selangit Biru...

Giyomi...Smile...


Hasbi adalah permata hati yang amat bernilai buat Selangit Biru....Tapi tidak bermakna Selangit Biru tidak menyanyangi anak-anak Selangit Biru yang lain, cuma sikap dan tingkahlaku kasih sayang si Hasbi terlalu mendalam.

Sikap dan tingkahlaku Hasbi sedikit sebaanyak menyerupai Hubby Selangit Biru..wajahnya...tubuh badanya..lagaknya..gayanya...semuanya sama seperti Hubby...Ini yang menjadi pendamping dan peneman Selangit Biru tatkala Hubby tiada keluar bekerja.


Hasbi manja dengan kakaknya Nuha dan Abangnya Hasdi...Walaupun kadangkala si kecil nie suka membuli Kakak dan Abangnya


Inilah kegemaran Hasbi...Kamen Rider..Hasbi dan Selangit Biru memang sehati dan sejiwa maklumlah kami berdua memang suka menonton Kamen Rider nie....semua Kamen Rider kami telah tonton..nak buat macamnana ini adalah salah satu minat kami.....

Hubby tak dapat nak menolonglah dah memang minat Selangit Biru sejak Azali lagi dan akhirnya terturun pula pada si kecil Hasbi ini....


Pada 25/2/2014 yang lalu Hasbi telah menjalani satu pembedahan kecil di Hospital selayang...Bukannya ada masalah penyakit tetapi masalah gigi rosak. Gigi Hasbi terpaksa di cabut lantaran gigi rosak dan penyakit gigi berulang. Seandainya tidak di cabut , Hasbi akan terus merasai kesakitan gigi. Bayangkan kita yang dewasa mengalami sakit gigi....Ahhhhh tidak tertahan rasanya , begitu juga lah si kecil Hasbi ku...

Setelah mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak dan research yang Selangit Biru lakukan di Mr.Google mengenai kesan-kesan penggunaan ubat bius banyak membantu dan memberi keyakinan kepada Selangit Biru bahawa ianya tidak membahayakan penggunaanya ke atas si kecil Hasbi..Maklumlah Hasbi baru dua tahun 10 bulan...

Sewaktu Operation di jalankan, Hasbi di kenakan Ubat Bius supaya Hasbi tidak sedar semasa operation di jalankan. Saat itulah hati seorang Ibu meruntun kesedihan apabila melihat Hasbi menjerit-jerit kuat ketakutan di bilik bedah...jeritannya kuat dan badannya meronta-ronta sepenuh tenaga ingin melepaskan diri..namun kesan penggunaan ubat bius mula bertindak...suaranya mula perlahan...lahan ..tenggelam timbul dan akhirnya Selangit Biru lihat mengalir titisan airmata saat Hasbi perlahan-lahan menutup matanya......

"Ya Allah Kau lindungilah anakku...kau permudahkanlah segalanya ..Hanya padamu tempat ku berserah..lindungilah anakku...lindungilah anakku..."..hatiku tidak berhenti-henti berdoa....Resahnya jiwa ini 1 jam dalam penantian....Hubby hanya memujuk ku sabar menenangkan keresahan ku....Sabar dan Terus Bersabar.....

Alhamdulillah....Akhirnya 1 jam telah berakhir, dan Hasbi pun keluar daripada Operation dan tunggu Hasbi di bilik Recovery...Sedih melihat Hasbi di saat itu...Tidak lama kemudian, Hasbi mula sedar..pada mulanya Hasbi tidak menanggis...tapi apabila melihat tangannya berbalut dan ada darah..Terus Hasbi menjerit kuat...terkejut melihat tangannya berbalut sedemikian rupa....

Setelah di tenangkan..Hasbi pun diam semula...gigi yang operation tangan yang di kisah...Recovery lagi di dalam 3 jam untuk pemantauan...Dan petangnya Hasbi pun di benarkan keluar wad.Jumlah gigi yang di cabut Hasbi ialah sebanyak 6 batang....4 di depan dan 2 geraham dibelakang.......
SELAMAT TINGGAL GIGI ROSAK...!!!!!!!







Hasbi Terkini dan Sekarang.
.....HAPPY..HAPPY SELALU MY DEAR....
Ibu doakan Hasbi menjadi anak yang soleh.....





PANAS OH PANAS !!!

                                                                      Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau l...