Buras Oh Buras......
Baru-baru nie..Ibu dan Ayah mertua ku baru datang menziarah anak menantu cucunya di sini Semenanjung....Hubby Selangit Biru adalah anak jati Sabah...Kunak,Tawau...
Seperti selalunya sesiapa sahaja yang datang atau pulang daripada Sabah mesti tidak lupa untuk membawa Buras ataupun Burasak...
Buras ini adalah makanan orang Bugis....Buras ini di masak oleh Makci Hubby Selangit Biru...Makcik Hubby nie sangat sayang Kepada semua Anak Saudaranya serta menantu dan cucu...Bagiku Makcik Seperti Ibu ku juga.....
Dan Selangit Biru...memang suka Buras....maklumlah kalau di Semenanjung Kita makan Ketupat...Buras nie lebih kurang ketupat la...oklah resepi nie Selangit Biru dapat dekat
terima kasih kepada tuan empunya resepi.....
Burasak
Bahan-bahan ( 10 orang )
- 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
- Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
- Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
- Tali rafia dan gunting
Cara-cara
- Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.
No comments:
Post a Comment