Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Friday, November 20, 2015

PEMBEKAL SERUNDING


Kali nie Selangit Biru ingin mempromosikan Serunding hsh Selangit Biru.....
Jeng...Jeng...Jeng....
Ok..sebenarnya serunding nie dah lama Selangit Biru buat tapi semenjak setahun yang lalu Selangit Biru tak berapa nak aktif...
So la nie Selangit Biru nak kembali rancak menjual serunding nie....
Oooppppppsssss..ok..jom kita berkenalan dengan serunding Selangit Biru.....

Serunding hsh nie ada serunding daging,serunding ayam dan serunding ikan.
Sila Klik pasti sedap ye...Oder dan tempahan boleh Pm di page FB tersebut...
Dan....Jangan lupa like ye....
heheheehe...

Serunding hsh...Pembekal serunding


Tempahan Jualan Hari Raya di Bulan Ramadhan 2016

Kami menjual dan membekalkan serunding daging,ayam dan ikan. Serunding kami di jamin sedap,lazat,tahan lama dan bahan-bahan yang di gunakan terjamin halal.kami membekalkan kepada perniaga-perniaga runcit terutama pada musim perayaan.


Harga Serunding hsh :

Daging
1kg - rm 70
3kg ke atas - rm 60/kg
250g - rm 18

Ayam
1kg - rm 80
3kg ke atas - rm 65/kg
250g - rm 20

Ikan
1kg - rm 60
3kg ke atas - rm 50/kg
250g - rm 15

Boleh hubungi kami serunding hsh



                          

Saturday, September 12, 2015

7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu

Rahsia di sebalik nama...
MENGGATAL, TAWAU, PENAMPANG, PUTATAN, PAPAR, TUARAN DAN KOTA BELUD.
 Kenapa Nama Menggatal & 6 Tempat Di Sabah Yang Confirm Korang Tertanya-tanya...Nak tahu ..????

NAK TAU KE...JOM KLIK SINI....KLIK..KLIK..KLIK...





Mr.Cendol Ayer Tawar






[VIDEO] The Rise of Mr Cendol hasz08.sharethisstory.netThis is a true story of a fearless man who took big risks to get to where he is today  .
Sedapnya tengok cendol nie....Selangit Biru minat dengan tempat dan suasana kedai nie..bersesuaian dengan citarasa selangit biru..warna dan temanya pun menarik hati....serba hijau ..sedap mata memandang..rasa tenang..aman dan nyaman....terasa sangat nak ke sini...kiosk-kiosk nya pun menarik..jom...check this...awesome..!!!outlet Mr.Cendol



Menu Mr.cendol...yummmy..yummmy...yummmy...bermacam-macam pilihan ada..oder je mana yang berkenan...Selangit Biru macam nak rasa semuanya je...sedap-sedap nie....



Monday, June 22, 2015

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA


CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA
Assalamualaikum,,disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.
sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.
1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.
PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

TIPS PUASA DI RAMADHAN.....



Tips berpuasa di bulan Ramadhan.....
— berasa ingin tahu.

It's good to be reminded of the things that are truly important during Ramadan.
HASZ08.SHARETHISSTORY.NET

TEADY BEAR 2 MOVIE


Teady Bear is Back...macam2 hal cite nie....

Love him or hate him, the world’s cutest and most offensive teddy bear is finally back! Watch to find out what he’s up to.
HASZ08.SHARETHISSTORY.NET

JOM SAVE BUDGET



Berita baik! #OhMyBudget dah bermula minggu ini setiap Isnin, 11pm di Astro Ria, Ria HD dan Maya HD! Klik untuk lebih info.
HASZ08.SHARETHISSTORY.NET

MAJIC SIM

Nak majic sim nie.....
 — berasa ingin tahu.

Kehadiran kad prabayar terbaru dari XPAX, #MagicSIM menawarkan anda lebih Internet percuma daripada yang lain!
HASZ08.SHARETHISSTORY.NET

Balik Kampung Impress like A Rockstar....



cuba try and test...mau terkezut satu kampung gamaknya hehehe.......
agak-agak lah kan kalau di praktikan cara nie mau terkejut orang-orang kampung...
Artis di Hari Raya....... 


You'll be the talk of the kampung for many years to come!
HASZ08.SHARETHISSTORY.NE

Monday, April 13, 2015

AWAK! AWAK! AWAK! Awak kat mana.....?????



Dah agak lama kita tak update blog kita....menyepi buat seketika....Alhamdulillah ..di buka kan hati semula untuk menulis di sini...

Tak kisah lah...ada orang nak baca ke..atau tak nak baca...yang pasti, hati dan jiwa ini gembira...
Kita faham dan mengerti sekarang..Segala-galanya milik Allah..ketentuan Illahi...yang pasti jiwa kita sememangnya di sini...di sinilah tempat kita meluahkan rasa isi hati kita....

Kita sedar kita  semua tidak sama dan serupa..masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan isi hati masing-masing...bagi kita terpulanglah...tapi perlu di ingat bukannya semua kita boleh luahkan sewenang-wenangnya..ada jua batas-batasnya..bak kata.." Telajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya..." so...tepuk dada tanya selera.....

Ahhhhh...dah lama tak meluahkan isi hati ini...makin galak pulak jari jemari kita menaip....walaucamanapun hati ini gembira....kerana di sinilah tempat kita....dunia kita...

Semoga Allah sentiasa menjaga kita agar tidak pernah lupa akan batas-batasnya.....



Friday, July 18, 2014

MH17 TERHEMPAS.....

انا لله وانا اليه راجعون

Ya Allah berdebar-debar apabila mendengar perkhabaran ini...MH lagi...Dugaan demi dugaan datang menguji kita sebagai umat Islam di muka bumi ini...Sesungguhnya ini adalah peringatan daripada Mu Illahi...

Tragedi MH370 masih segar dalam ingatan ini kini di tambah lagi dengan tragedi MH17 pula....Musibah apakah yang akan melanda kita...di tambah lagi dengan peperangan dan pengeboman umat Islam di Gaza..Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Islam Palestin..membuat aku berasa amat teramat sedih sehingga bergetar seluruh tubuhku....Ya Allah begitu kuatnya ujianMu buat hamba-hambaMu ini..Ya Allah....Sesungguhnya Aku sedar ujian Mu tidak lebih daripada kemampuan kami...kerna kasih dan sayangnya Mu terhadap kami maka itulah kami di uji...Tawakal dan kesabaran ku pohon kepadaMU Illahi agar di tetapkan Iman ini di atas setiap ujian Mu......

Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine.



Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia

Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine

Berita tergempar yang baru di terima, pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH 17, yang membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal terhempas di sempadan Ukraine.Pesawat tersebut terhempas kerana…


Laporan awal dari sumber mengatakan ia ditembak jatuh oleh pejuang Ukraine yang 
Pro- Russia.Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.
MAS mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.


Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Twitter Najib Razak Pesawat MAS Terhempas




















  • Pesawat Boeing MAS 777 MH 17 dikatakan dalam penerbangan dari Amsterdan ke Kuala Lumpur
  • Berlepas pada pukul 12.15 pagi, waktu Amsterdam dan dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini.
  • Membaway 280 penumpang dan 15 anak kapal.17 orang dari penumpang adalah kanak-kanak.
  • Menurut sumber, pesawat ditembak jatuh pejuang rebel -Pro Russia.
  • Kesemua penumpang di dalam pesawat MH 17 dikatakan mati dalam kejadian.Tiada yang terselamat.
  • Pesawat MAS MH 17 hilang dari radar pada 1.30 petang waktu tempatan, 10 minit sebelum keluar dari ruang udara Ukraine.


Pesawat MAS Terhempas DI Russia



Gambar Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine


Gambar Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh 3


Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia 3Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia 2

Ku ucapkan takziah terhadap kejadian yang menimpa Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17.



Read more: http://agendasemasa.com/pesawat-penumpang-mas-airlines-mh-17-terhempas-di-ukraine#ixzz37m57Mq95

TERAWIH KITA



Sudah sedia maklum..di bulan ramadhan ini pasti kita akan menunaikan solat terawih beramai-ramai di masjid. Begitu juga dengan diriku dan keluarga ku. Di jadikan cerita dan ini adalah ihklas dari hatiku..sesungguhnya ini adalah solat terawih ku yang pertama. di tempat tinggal ku ini...

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah...rasa berbunga-bunga di hatiku..Akhirnya tercapai jua impian ku untuk bersembahyang jemaah di masjid ini dan sekaligus menunaikan solat terawih bersama-sama ahli jemaah yang lain.

Rasa bahagia dan kegembiraannya tidak ternilai, terkira ataupun terhitung buat diriku. Sesungguhya ia merupakan satu rahmat buat insan seperti diriku di mana di beri peluang dan kesempatan untuk menunaikan tanggungjawb ku sebagai seorang umat islam di muka bumi ini.

Ku lihat wajah anak-anakku..ternyata sekali mereka sangat gembira. Di jadikan cerita.. ku lihat sekeliling di dalam masjid...ramai juga jemaah wanita yang menunaikan solat terawih maklumlah setahun sekalilah katakan. Aku masih tersenyum sorang-sorang...

Kakak Ipar dan seorang anak saudara perempuan yang berusia 16 tahun turut menunaikkan solat terawih bersama ku. Kami di dalam barisan saf yang sama. Hari pertama terawih..di saat ini aku masih tersenyum sorang-sorang lagi mengingati gelagat anak saudara ku...bukannya aku nak cerita-cerita tetapi aku nak kongsi gelagat kelakar anak saudara ku yang tak tersengaja buat kelakar di saat menunaikan solat terawih...

Ceritanya begini....keadaan di masjid amat bising dengan kanak-kanak..kami di barisan saf belakang sekali..jadi bisinglah kami tak dengar berapa jelas pemberitahuan tentang solat terawih yang akan dilaksasnakan sebentar je lagi...so kami pandang-pandang satu sama lain..berapa rakaat..berapa rakaat...tiba-tiba saf bangun...ah ..sudah! ..anak saudara aku tanya macamana maklang....?? lepas tue aku cakap ikut je lah jemaah depan...

Dalam hati aku oklah 8 rakaat...oklah...kami pun menunaikan solat...aku pun tak pasti..tapi nak tergelak jugak..yang anak saudara aku pun follow...entah macamana tiba-tiba lepas sujud nak duduk tahyat akhir tue dia terus bangun berdiri tegak...nampaklah kan...dia sorang je berdiri sebab kami semua tengah tahyat akhir..dia pun perasaan terus dia duduk tahyat akhir....lepas salam...kami pun cover gelak...malunya rasa bukan main macam nak guling-guling dalam masjid tue je rasanya...aku pun cakap biasalah kali pertama terawih memang macam tue..anak saudara aku sengih-sengih je cover malu....

Fikir-fikir dan ingat-ingat...aku pun sama gak dulu masa remaja-remaja dulu...salah jugak....macamana pun belajar daripada kesilapan...dan sehingga sekarang Alhamdulillah ...anak saudara aku dah tahu dan faham solat terawih.....

Paling best hari tue..balik-balik dia terus update status dia dekat Facebook....malunya memang malu...kami pun usik-usik dia kat facebook...semua orang nak tahu kenapa dan mengapa ...hanya kami yang pergi solat terawih hari pertama je yang mengetahui...hahaha..hahaha..kelakar betul....la nie dia tak kisah dah.....tue pasal lah aku cerita kat sini.....

Jangan malu-malu atau segan-segan....Dalam Ibadah kita sentiasa di tuntut untuk terus belajar dan memperbaiki ibadah kita....so...kesilapan menjadi panduan untuk menjadi yang lebih baik....

SELAMAT BERTERAWIH....!!!!!!



Wednesday, July 2, 2014

ALHAMDULILLAH, RAMADHAN DATANG LAGI....

Alhamdulillah...kerna Aku masih di beri kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya tahun ini amat berbeza bagi ku tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Tahun 2014 ini adalah tahun yang amat bererti buat diriku. Sedih, pilu, yang menyelubungi diriku tiada siapa yang tahu dan mengerti.

Aku bersyukur dan redha di setiap ujian yang diberi kepada ku kerna ku tahu Allah itu sentiasa sayang kepada diriku ini. Sesunnguhnya Allah itu tidak akan menguji seseorang itu melebihi daripada kemampuannya. Walaupun perit, derita dan sengsara jiwa namun ku tabahi jua hati ini untuk mengharunginya.

Tidak dinafikan aku juga seperti insan-insan lain yang ingin dan mengharapkan kebahagiaan , namun apakan daya mungkin sudah suratan di takdirkan kebahagiaan ku hanyalah sementara. Di dalam hidup ini kita tidak akan mendapat semua yang kita inginkan serta inpikan dan belajarlah untuk menerimanya dan bersabar kerna itulah yang Aku lakukan selama ini.

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini.. Aku bersujud kepadaMu Illahi...Bimbinglah jiwa dan diriku ini agar tidak alpa kepada Mu..Dekatkanlah diriku kepadaMu..Kuatkanlah kasih dan cintaku hanya kepadaMU..Sesungguhnya Aku sentiasa mengharapkan keredhaan daripada Mu....Aamiin...

Monday, April 21, 2014

AKU SEORANG ISTERI !!!

  AKU SEORANG INSAN YANG BERGELAR ISTERI,
KASIHKU..CINTAKU..SAYANGKU..HANYALAH UNTUK SUAMI KU.

AKU SEORANG ISTERI, YANG SANGGUP MENGHARUNGI BADAI KEKECEWAAN..PENDERITAAN..KESENGSARAAN..KELUKAAN..KESEDIHAN..
KEKURANGAN..HANYALAH KERANA DIA SUAMI KU.

AKU JUGA SEORANG ISTERI, YANG SANGGUP MEMAAFKAN ATAS SEMUA KESILAPAN..KEPERITAAN..KECURANGAN..PENGKHIANATAN..KERANA DIALAH SUAMI PILIHANKU..

NAMUN MASIH MAMPUKAH LAGI AKU TERUS BERTAHAN DENGAN GELARAN AKU SEBAGAI SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI KU...????

AKU MENJADI TAKUT MENGHADAPI HARI-HARI SETERUSNYA ..MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN DARIPADA YANG MAHA ESA UNTUK MENGUJI KESETIAAN DAN KETULUSAN CINTAKU KEPADA SUAMIKU..

AKU SEORANG ISTERI YANG SENTIASA MENGHARAPKAN KASIH..SAYANG..CINTA..DARI SUAMI KU YANG TIDAK TERHINGGA..
NAMUN SEBAGAI SUAMI ADAKAH DIA MEMAHAMIKU SEBAGAI SEORANG ISTERI..???

AKU SEORANG ISTERI ..DAN TETAP SEBAGAI SEORANG ISTERI..
ESOK LUSA TULAT DAN HARI-HARI SETERUSNYA SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU..
BIARLAH AKU TERUS BERGELAR SEORANG ISTERI KEPADAMU...

KERNA..

AKU HANYALAH SEORANG ISTERI...............................








Tuesday, April 15, 2014

"MINI GIVEAWAY : SIAPA NAK SOTONG?"

SOTONG...SIAPA SUKA SOTONG..????
SAYA SUKA..SAYA SUKA...SAYA SUKA...
DI SEBABKAN SAYA SUKA SOTONG SO SAYA PUN JOIN .....
 "MINI GIVEAWAY : SIAPA NAK SOTONG?".....

SIAPA LAGI MINAT SOTONG....???? KALU MINAT JOM LAH JOIN SEKALI....HADIAHNYA PUN SOTONG....FIRST PRIZE...
NAK SOTONG....

KLIK SOTONG


PRINT SCREEN SAYA UNTUK SOTONG....





GIVEAWAY BERMULA DARI 22/3/2014 HINGGA 23/4/2014

JIWA KACAU


Aiiishhhhh.....orang kata tak baik mengeluh...tapi nak buat macamana..dengan mengeluh sahaja dapat mengurangkan tekanan perasaan yang tengah melanda jiwa ini...
Ahhhhhh....jiwa kacau betul..serabut rasanya..bermacam-macam berlegar di dalam kepala otak ini...kenapa dan mengapa....????
Apa nak di herankan... dah ditetapkan oleh ketentuan Illahi.. setiap umatnya pasti akan diuji..Setiap ujian yang diberikan tidak pernah melebihi tahap kemampuan seseorang itu..so berbanyak bersabar..tawakal dan redha..Sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya...Allah tidak pernah mengharapkan keburukkan untuk setiap umatnya apa yang di ingini hanyalah pengajaran dan kesedaran...So janganlah mengeluh...Beristifar lah selalu..berzikir mengingati Allah..Pasti jiwamu yang kacau akan mendapat ketenangan....

Tidak dinafikan kadang-kala ujian itu terlalu berat buat kita...itu menandakan Allah masih ada dan mengingati serta mengasihi ...Di sebabkan inilah Allah memberi peringatan dan ujian..kadang-kala ujian ini untuk menyedarkan kita ..mungkin kerana kita telah mula hanyut..lupa dan lalai pada diri dan tanggungjawab kita sebagai umatnya....

Sesungguhnya kita beruntung kerana kita di lahirkan dibumi yang aman damai ini jika dibandingkan di negara-negara Islam yang lain yang hidup dalam kesedihan..keperitan..kesengsaraan..kelaparan..ketakutan atas cetusan peperangan. Bayangkan jiwa kacau yang melanda-anak-anak kecil di sana..tidak tersanggup melihat keperitaan yang ditanggung mereka..bagaimana sekiranya kita di tempat mereka....

Aaaahhhhhhhh....Ya Allah tak sanggup rasanya hambamu ini membayangkan saat-saat seperti itu terjadi..berilah kedamaian dan kententeraman pada setiap jiwa yang kacau agar tiada lagi pemberontakkan dan peperangan..lindungilah kami ya Allah daripada jiwa yang kacau agar kami terus waras dan sedar akan tanggungjawab kami sebagai manusia dan umatmu..

Seandainya Jiwa kacau terus melanda beristifarlah..berzikirlah..mengingati Allah..Insyaallah jiwamu yang kacau pasti akan mendapat ketenangan dan jiwa kacau mu pasti akan di lindungi...
UCAPKANLAH.........