Thursday, June 5, 2014

APPLAUSE BLUE ROSE - 6

  TRAGEDI APPLAUSE

Applause merenung ayahnya yang sibuk memeriksa kereta mereka..begitulah rutin ayah sekirannya ingin memulakan perjalanan yang jauh..Ibu dan adik beradiknya yang lain sibuk mengemas dan bersiap-siap. Applause tak sabar nak pulang ke kampung untuk berjumpa datuk dan neneknya. Sekiranya tiada kenduri kendara tiadalah mereka pulang ke kampung.

Applause termenung memikirkan suasana di kampung tentu gamat dan riuh rendah dengan semua sanak saudara yang berkumpul untuk memeriahkan hari perkhawinan Paksu adik Bongsu Ayah Applause. Applause tersenyum melihat ayah..kadang-kala rasa sayu sangat....entah kenapa hati ini...sayu tertiba..

 Semuanya telah sedia untuk memulakan perjalanan selama 4 jam..mengikut perkiraan dalam pukul 9.00 malam nanti sampai lah kami ke kampung di Perak. Ayah ingin pulang di waktu petang katanya selesa sikit tak panas sangat.

Applause merasa letih sesangat duduk lama di dalam kereta.. sudah 3 jam lebih...tapi tidak mengapa..sekejap lagi sampailah di kampung.. Applause tersenyum melihat suasana di luar yang amat gelap..maklumlah jalan lama..

Handphone Applause berdering..Applause tersenyum..panggilan datuknya di kampung....
"Assalammualaikum..Tuk..!
ye..sekejap lagi sampaila...Ayah cakap dalam 20 minit lagi...ye..ye...ok tuk..."
Applause rasa gembira sesangat..tak sabar rasanya tiba di kampung. Ayah melihat Applause melalui cermin sambil tersenyum.

Di dalam kereta sunyi sepi...entah kenapa semua hanya melayan perasaan masing-masing..Applause pula hanya menikmati suasana perjalananan..namun hatinya rasa serba tidak kena hatinya rasa sayu..hiba...dan pilu...

Di tatapnya wajah Ayah,ibu,Abang dan kakanya satu persatu...terasa seperti ingin menanggis...Ayah hanya tersenyum memandang Applause dan tiba-tiba .....

DAM!DAM!DAM!...................srettttttttttttttttttttttttttt......
Sebuah lori merempuh kereta ayah Applause..Applause terkejut..kereta di seret sungguh binggit bunyi desiran di jalan..Applause menjerit memanggil ayahnya..keretanya berpusing-pusing..dan tercampak di tepi jalan. Applause melihat keluarganya mengerang kesakitan..darah banyak mengalir suasasana di jalan raya menjadi kelam kabut.. Applause tidak boleh bergerak ..terasa sakit yang amat di dadanya..

Kereta Applause remuk..mereka tersepit di dalam..mata Applause perlahan-lahan merasa mengantuk sesangat..Applause memanggil-manggil nama ayahnya tetapi tiada balasan..Ayahnya hanya berdiam diri..semuanya kaku..Applause mengalirkan air mata..terasa sakit sangat..di lihatnya di luar ramai yang cuba membantu...pandangan Applause semakin Kabur..ditutupi matanya perlahan-lahan..Applause ingin tidur di iringi dengan linangan airmatanya....Ayah....!! Ayah...!!...Appalause terus memejamkan matanya...Akhirnya tiada lagi rintihan kesakitan..tanggisan..keadaan menjadi sunyi dan sepi....

Bantuan tiba ..mereka semua di kerjarkan di Hospital berhampiran.Kecederaan mereka semua amat parah.
Applause tidak sedarkan diri.Applause di rawat di bahagian kecemasan hospital keadannya amat parah sekali.

Semua sanak saudara Applause bergegas ke Hospital Parit Buntar setelah mendapat panggilan kecemasan daripada pihak Polis. Mereka semua menunggu di perkarangan unit rawatan kecemasan.Tidak lama kemudian keluar seorang Doktor muda menghampiri keluarga Applause...

" Bagaimana Doktor...Anak dan cucu-cucu saya..." Tanya Datuk Applause
" Banyak Bersabar pakcik..kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan mereka tetapi Allah lebih menyayangi Anak,menantu dan kedua cucu Pakcik...." Jelas Doktor tersebut perlahan dan sayu...
" Ya Allah! Allah!Allah!..." Datuk Applause lemah dan terduduk..Nenek Applause pengsan dan di papah oleh makcik-makciknya...semua menjadi gamat dengan esakkan tanggisan sanak-saudara Applause...

" Doktor! Saya Adik Mangsa...Doktor kata Abang dan kakak Ipar serta kedua anak saudara saya telah tiada...seorang lagi anak saudara saya bagaimana..siapa yang terselamat Doktor...???? Bagaimana keadaannya..." Soal Pakngah Applause gementar menahan kesedihan yang amat sangat.

" Anak saudara encik yang Bongsu..tapi keadaannya kritikal..kita hanya mampu menunggu dan berdoa sahaja..kini anak saudara encik di bawa ke unit rawatan rapi ICU.. kami akan memantau keadaanya.." Jelas Doktor itu lagi...

" Tolonglah Doktor selamatkan Anak saudara saya..!!" rayu Pakngah Applause sebak.
" Insyaallah! Semua boleh menunggu di Luar bilik Rawatan Icu dan Urusan Jenazah boleh Encik uruskan di bawah..." Kata doktor tersebut terus berlalu....

Suasana di penuhi dengan esakkan tanggisan yang tidak terhenti. Datuk Applause terduduk diam. Mereka pergi ke unit ICU melihat keadaan Applause. Applause di pasasng Alat Oksigen..kepalanya berbalut..keluarga Applause menanggis melihat keadaan Applause..nafasnya turun naik...

Doktor menjelaskan sekiranya dalam tempoh 24 jam ini keadaan Applause tiada tindak balas ..kemungkinan Applause akan koma...kita hanya mampu berserah kepada Allah..jelas Doktor tersebut.

Pakcik-pakcik Applause menguruskan jenazah di bilik mayat untuk di bawa pulang ke rumah.Urusan jenazah mesti di uruskan seboleh-bolehnya esok pagi.Datuk dan nenek di bawa pulang ke rumah oleh cucunya yang lain.

Doktor menasihatkan semua pulang ke rumah dahulu..Applause akan di jaga oleh Unit Rawatan Rapi dan sekiranya ada sebarang perubahan pihak Hospital akan menghubungi mereka.

Urusan jenazah selesai dan di bawa pulang awal keesokkan paginya. Semua sanak saudara dan orang kampung telah menunggu ketibaan jenazah. Di tatapi wajah jenazah satu persatu.. Hati Datuk dan Nenek Hiba kerana Applause tidak dapat melihat wajah keluarganya buat kali terakhir.

Semua jenazah telah selamat di kebumikan sebelum masuknya waktu Zohor pagi tadi. Semua sanak saudara berkumpul untuk memperbincangan mengenai majlis kenduri Razi Paksu Applause.Akhirnya kata putus dan sepakat telah di persetujui untuk meneruskan jua majlis Razi.

Suasana yang meriah menjadi tragedi..namun majlis perkhawinan Paksu yang di rancang 2 hari lagi tetap akan di teruskan memandangkan jemputan telah di edarkan.cuma majlis akan di lakukan secara sederhana dan doa selamat sahaja.

Paksu Razi yang amat rapat dengan Abangnya tidak mahu meneruskan tetapi telah di pujuk oleh keluarganya akhirnya Razi terpaksa akur dengan keputusan Ayah dan Ibunya.

Setelah selesai semuanya, mereka pergi ke Hospital untuk melawat Applause. Sayu keluarga melihat keadaan Applause.Doktor mengatakan tiada tindak balas daripada Applause..kemungkinan Applause akan Koma buat selama-lamanya..dan kemungkinan Applause jua akan sedar suatu hari nanti..tetapi tidak pasti bila...

Kini hanya tinggal Applause sendiri...Applause hidup di dalam dunianya sendiri tanpa menyedari itu adalah mimpi-mimpi ciptaannya...Applause bahagia dengan mimpi dan dunianya kini tanpa mengetahui tragedi yang telah menimpa dirinya...Dunianya palsu..hanya mainan mimpi...

TRAGEDI APPLAUSE....mampukah ia bertahan dan  menerima hakikat ini.......??????????

( BERSAMBUNG APPLAUSE BAHAGIAN KE - 7 )

PANAS OH PANAS !!!

                                                                      Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau l...