Hari nie..hati Selangit Biru sedih sekali...pedih..medih..pilu..ngilu..Syahdu..Mahdu..semuanya ada...Betul dan benar belaka..kerana kata-kata adalah senjata yang amat tajam..tajam daripada pedang dan pisau..kerna kata-kata boleh mengguris hati dan perasaan..tajamnya bukan setakat menusuk jantung tetapi sehingga jiwa dan raga Selangit Biru...
Kejadian yang memilukan ini berlaku semalam...Selangit Biru dan Hubby serta anak2 baru pulang daripada Sukan Sekolah Kebangsaan Kakak...Kakak terlibat dengan Acara Perbarisan Sekolah dan Acara Olahraga..jadi sebagai ibu dan bapa kami haruslah hadir untuk memberi sokongan kepada kakak..satu-satunya anak perempuan kami...
Kebetulan di Blok Apartment Selangit Biru pula mengadakan gotong-royong Blok pada hari yang sama iaitu Ahad semalam. Jesteru itu, Selangit Biru telah memaklumkan kepada AJK yg lain yg Selangit Biru tidak dapat ikut serta aktiviti gotong-royong kali ini..kerna Selangit Biru and family ingin pergi ke sekolah kakak. AJK yang lain faham dan setuju..mereka juga mengiyakan bahawa Selangit Biru haruslah berada di sekolah untuk memberi sokongan kepada anak Selangit Biru. Hati Selangit Biru serba salah juga pada mulanya memandangkan Selangit Biru adalah Setiusaha Blok Apartment jadi tugas2 Selangit Biru terpaksa di serahkan kepada AJK yg lain. Tapi memandangkan semua AJK berhati besar dan memujuk Selangit Biru supaya tak risau...bukannya Selangit Biru saja-saja tidak hadir..hal2 anak2 jugak adalah penting.
Keputusannya Selangit Biru pergi bersama salah seorang jiran Selangit biru memandangkan hubby kerja malam.Hubby Selangit Biru kerja malam jadi besok pagi dia balik terus ke sekolah, walaupun mengantuk dan letih baru pulang dari kerja Hubby tetap datang kerna hubby Selangit Biru adalah seorang suami dan ayah yg baik....Selangit Biru memang bangga dan sayang serta bersyukur kerna mempunyai teman hidup yang baik..Alhamdulillah...
Seperti yang dijanjikan Selangit Biru pun pergi kesekolah..daripada pukul 8.00 pagi sehingglah pukul 1.00 tengahhari barulah sukan berakhir dan kami pun pulang dalam keletihan memandangkan keadaan cuaca yang tiba2 tidak elok..jerubu pula melanda...
Setiba di Blok, Selangit Biru dan Hubby singgah di dataran Blok..tengok semuanya tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk. membungkus lebihan makanan untuk di agih2kan kepada sesiapa yang ingin membawa pulang...maknanya aktiviti gotong-royong juga telah selesai.
Seperti biasa kami pun bergurau-gurau..adakalanya gurauan jiran2 Blok Apartment nie terlebih dan kasar di dengar..tapi Selangit Biru buat tak tahu je maklumlah mereka lebih tua daripada Selangit Biru..Lazer..mazer semua ada..itulah tak kena..orang tuelah..orang nielah..macam2 gosip mosip ade...hal ehwal dalaman pun ade...tapi Selangit Biru buat dek je.ahhh tak uuhhh pun tak...dalam hati Selangit Biru nak naik sebab letih dan hubby pun nak rehat baru balik kerja..seian hubby ...Sedang gurau senda tue jiran2 yang lain hulur bungkusan makanan kepada Selangit Biru ..pada mulanya Selangit Biru menolak suruh beri pada yg lain tapi semuanya dah dapat katanya... nie memang utk Selangit Biru..Selangit Biru rasa segan coz Selangit Biru tak menolong pun tiba2 dapat bahagian pulak...
Mereka pun mengusik-ngusik Selangit Biru..hai tak reti2 lagi kerr nak cuci periuk belangga yg banyak nie...banyak cantik..amboiiii..semuanya ade...kami pun tertawa terkekek-kekek..Selangit Biru cakap letih nak balik naik..lagipun hubby baru balik..mereka apalagi bertambahlah mengusik-usik dgn hubby...iyelah naiklah..kesian kat hubby tue...Selangit Biru pun tergelak...Selangit Biru tersengih...diaorang nie kalu bergurau tak hengat..semuanya keluar maklumlah antara semua Ajk nie Selangit Biru yang muda..faham2jelah orang perempuan kalu bergurau camna...
Di jadikan cite, Selangit Biru pun mengambil bungkusan makanan yang di beri tadi ..hubby pun naik..Selangit Biru pun say mekaseh bagi bungkusan makanan nie..baru je nak berlalu nak naik..tiba-tiba terdengar kata-kata yang amat pedas sekali..tersentap..di sentap ..rasanya jantung Selangit Biru mendengarnya....
" Hai!!..Setakat datang nak bungkus dan tapaw je baik tak payah...orang pergi kenduri khawin pun makan bayar...bukannya dtg nak membantu..nie semua asyik datang tapaw..balik..."..
sambil gaya muka dan mulut mengomel-ngomel....
Ya Allah..tersentapnya Selangit Biru..sebak dan pilu terus hati Selangit Biru mendengarnya..adakah ini gurauan..tapi tidak kerna cara cakapnya adalah sinis dan Selangit Biru pandang tepat padanya..tidak seperti orang yang bergurau..kerana gurauan tadi sudah berakhir...jadi mana mungkin kata-kata ini adalah gurauan....
Sambil menahan sebak dan airmata Selangit Biru meletakkan semula bungkusan makanan tadi di atas meja...Selangit Biru pun bertanya...
"Pemberian makanan ini ikhlas ataupun tidak...???? Kalu kena buat kerja saya tak ambil makanan nie..kerna saya tak membantu pun tadi...kalu saya tahu saya tak terima bungkusan ini awal-awal tadi..."
Kemudian ada pula yg berkata...
"haaaiiii..kau pegi kenduri khawin kalu nak makan atau di beri bungkusan makanan kena buat kerja dulu kerr..baru boleh dapat...??? "
dan inilah jawapanya...
" haii..aku dah bayar makanan tue..duit yg aku bagi tuelah kira aku byr makanan...jadi tak payahlah aku nak basuh pinggan mangkuk lagi..."
selamba dia menjawabnya...
Selangit Biru pun cakap terima kasihlah dan terus berlalu melangkah naik tangga...tanpa sedari mengalir airmata Selangit Biru...Bungkusan Makanan tadi Selangit Biru tinggal di atas meja...Tidak terniat hati selangit datang untuk minta makan ataupun bungkusan..rasa macam ape je kite nie datang seolah-olah untuk minta makan je....Biarlah orang kata Selangit Biru nie touching..ke..maching..ke...yang pasti ...Selangit Biru nie bab makanan memang sensitif...makanan tue....
Tergiang-giang telinga Selangit Biru..mereka yg ada di bawah semua menjerit-jerit memanggil nama Selangit Biru..tapi Selangit Biru terus berlalu..Hubby bertanya kenapa..Selangit Biru hanya mendiamkan diri dan perlahan menyapu airmata yang mengalir.....
Selangit Biru punya hati dan perasaan..Selangit Biru juga seorang manusia yang serba kekurangan dan tidak sempurna....kata-kata itu seolah-olah ingin mengaibkan maruah diri Selangit Biru...Sebaik hubby tidak mendengar...
Selama ini Selangit Biru hidup dengan berpegang teguh untuk memelihara dan menjaga diri serta maruah suami Selangit Biru...segala-galanya cukup di beri oleh hubby tiada yang kurangnya...jadi setakat makanan bungkusan itu kalau tidak di beri pun tidak mengapa...kami tetap makan sekerluarga...tidak pernah Selangit Biru minta-minta kepada sesiapa...baik dulu hinggalah kini....susah senang kami usaha sendiri....
Tidak lama kemudian datang Kakak Selangit Biru membawa bungkusan makanan tadi dan di letakkan di dapur..katanya jangan mengambil hati atas kata-kata jiran tue dia memang begitu...tapi kakak Selangit Biru tidak mendengar kata-katanya itu...bolehlah cakap begitu..cuba kakak dengar..rasanya kakak pun akan bertindak seperti Selangit Biru...pesan kakak Selangit Biru jangan di buang bungkusan makanan itu....rezeki....dan kepada hubby selangit biru supaya jangan ambil hati..tapi hubby ckp dia tak tahu apa cite pun...
Petang tue...setelah cool..sejuk...Selangit Biru dah senyum..hubby pun bertanya kepada Selangit Biru apa cerita sebenarnya sehingga Selangit Biru merajuk sedemikian rupa...sedangkan Selangit Biru bukannya orang yang mudah mengambil hati ...Selangit Biru pun cite dekat hubby apa yg terjadi...Hubby pun faham dan Bersabar je lah katanya...
Iyelah..setiap gurauan itu pasti ada batasnya..janganlah bergurau sehingga boleh menjatuhkan maruah dan mengaibkan orang lain....kata-kata itu mencerminkan siapa diri kita..dari segi bertutur..tingkahlaku..budibahasa..adab sopannya..walaupun Selangit Biru tidak lah sebaik mana tapi Selangit Biru tahu batas-batas pergaulan sesama insan.
SESUNGGUHNYA KATA-KATA ITU MENUSUK DAN MENIKAM KALBU KU.......
No comments:
Post a Comment