Friday, April 4, 2014

HASBI......si cilik kecil ku....


Hari ini Selangit Biru nak cerita kisah si cilik kecil Selangit Biru....
Namanya Muhammad Hasbiatul Iman Bin Sudirman
Di lahirkan pada 5 April 2011 
Nama manjanya Hasbi...
Kenapa Hasbi....????? Sebab Selangit Biru suka dengan 

imej daripada http://ainasyauqahsolehah.blogspot.com


Zikir kesukaan Selangit Biru

Dan apabila lahirnya si cilik kecil ini...Selangit Biru namakan dia Hasbi...Cukup..

 
Giyomi Hasbi...setiap kali pose mesti gaya Giyomi.....

Hasbi seorang yang manja..periang..ceria..pintar..pandai mengambil hati..pandai memujuk terutamanya pada Selangit Biru...

Giyomi...Smile...


Hasbi adalah permata hati yang amat bernilai buat Selangit Biru....Tapi tidak bermakna Selangit Biru tidak menyanyangi anak-anak Selangit Biru yang lain, cuma sikap dan tingkahlaku kasih sayang si Hasbi terlalu mendalam.

Sikap dan tingkahlaku Hasbi sedikit sebaanyak menyerupai Hubby Selangit Biru..wajahnya...tubuh badanya..lagaknya..gayanya...semuanya sama seperti Hubby...Ini yang menjadi pendamping dan peneman Selangit Biru tatkala Hubby tiada keluar bekerja.


Hasbi manja dengan kakaknya Nuha dan Abangnya Hasdi...Walaupun kadangkala si kecil nie suka membuli Kakak dan Abangnya


Inilah kegemaran Hasbi...Kamen Rider..Hasbi dan Selangit Biru memang sehati dan sejiwa maklumlah kami berdua memang suka menonton Kamen Rider nie....semua Kamen Rider kami telah tonton..nak buat macamnana ini adalah salah satu minat kami.....

Hubby tak dapat nak menolonglah dah memang minat Selangit Biru sejak Azali lagi dan akhirnya terturun pula pada si kecil Hasbi ini....


Pada 25/2/2014 yang lalu Hasbi telah menjalani satu pembedahan kecil di Hospital selayang...Bukannya ada masalah penyakit tetapi masalah gigi rosak. Gigi Hasbi terpaksa di cabut lantaran gigi rosak dan penyakit gigi berulang. Seandainya tidak di cabut , Hasbi akan terus merasai kesakitan gigi. Bayangkan kita yang dewasa mengalami sakit gigi....Ahhhhh tidak tertahan rasanya , begitu juga lah si kecil Hasbi ku...

Setelah mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak dan research yang Selangit Biru lakukan di Mr.Google mengenai kesan-kesan penggunaan ubat bius banyak membantu dan memberi keyakinan kepada Selangit Biru bahawa ianya tidak membahayakan penggunaanya ke atas si kecil Hasbi..Maklumlah Hasbi baru dua tahun 10 bulan...

Sewaktu Operation di jalankan, Hasbi di kenakan Ubat Bius supaya Hasbi tidak sedar semasa operation di jalankan. Saat itulah hati seorang Ibu meruntun kesedihan apabila melihat Hasbi menjerit-jerit kuat ketakutan di bilik bedah...jeritannya kuat dan badannya meronta-ronta sepenuh tenaga ingin melepaskan diri..namun kesan penggunaan ubat bius mula bertindak...suaranya mula perlahan...lahan ..tenggelam timbul dan akhirnya Selangit Biru lihat mengalir titisan airmata saat Hasbi perlahan-lahan menutup matanya......

"Ya Allah Kau lindungilah anakku...kau permudahkanlah segalanya ..Hanya padamu tempat ku berserah..lindungilah anakku...lindungilah anakku..."..hatiku tidak berhenti-henti berdoa....Resahnya jiwa ini 1 jam dalam penantian....Hubby hanya memujuk ku sabar menenangkan keresahan ku....Sabar dan Terus Bersabar.....

Alhamdulillah....Akhirnya 1 jam telah berakhir, dan Hasbi pun keluar daripada Operation dan tunggu Hasbi di bilik Recovery...Sedih melihat Hasbi di saat itu...Tidak lama kemudian, Hasbi mula sedar..pada mulanya Hasbi tidak menanggis...tapi apabila melihat tangannya berbalut dan ada darah..Terus Hasbi menjerit kuat...terkejut melihat tangannya berbalut sedemikian rupa....

Setelah di tenangkan..Hasbi pun diam semula...gigi yang operation tangan yang di kisah...Recovery lagi di dalam 3 jam untuk pemantauan...Dan petangnya Hasbi pun di benarkan keluar wad.Jumlah gigi yang di cabut Hasbi ialah sebanyak 6 batang....4 di depan dan 2 geraham dibelakang.......
SELAMAT TINGGAL GIGI ROSAK...!!!!!!!







Hasbi Terkini dan Sekarang.
.....HAPPY..HAPPY SELALU MY DEAR....
Ibu doakan Hasbi menjadi anak yang soleh.....





No comments:

Post a Comment