SYURGA APPLAUSE
Applause kini berusia tujuh tahun dan hari ini merupakan hari pertama persekolahannya di Sekolah Rendah. Seperti hari-hari yang biasa Applause di kejutkan dan di siapkan oleh si Ayah. Makan, pakai dan segala bagai berkaitan Applause hanya di uruskan oleh Ayah Applause.
Tujuh tahun.... dalam masa ini, ibu tidak pernah berubah malah kebencian Ibu terhadap Applause semakin menjadi-jadi, terutamanya apabila ketiadaan Ayah maka teruklah Applause kena marah, di caci dan adakalanya sampai ke tahap memukul.
Sekuat bagaimanapun Ibu memarahi, mencaci dan memukul, Applause tidak pernah menanggis dan mengalirkan airmatanya..apa yang ada dalam dirinya ialah perasaan marah,geram dan memberontak.Bertambah-tambahlah kebencian Ibu Applause terhadap dirinya. Walaupun begitu, Applause tidak pernah mengadu kepada Ayahnya mengenai sikap Ibu apabila ketiadaan Ayah.
Applause berasa gembira di sekolah. Applause berasa seperti di dunia yang lain. Applause gembira dan tertawa, jiwanya rasa tenang..ketenangan yang tidak mungkin akan di perolehi di rumah. Di sekolah Applause mempunyai teman-teman dan guru-guru yang prihatin terhadapnya. Perwatakkan Applause berbeza di sekolah.Applause berkeyakinan tinggi,berminat dan mudah cepat belajar di dalam satu bidang, Aktif,periang,rajin membantu dan penuh bermotivasi. Guru-guru dan rakan-rakan senang dengan perwatakkannya.
Walaupun baru berusia tujuh tahun, Applause pandai berdikari.Applause tidak mahu sesiapa tahu mengenai siapa dirinya yang sebenar. Applause sering merahsiakan kesedihan,kekecewaan dirinya..baginya biarlah dia merawat hatinya di sini.
Rumahku SyurgaKu.....Applause bingung dengan kata-kata gurunya. Benarkah Rumahku SyurgaKu....benarkah kenyataan ini... memang benar tapi hanya bagi rakan-rakannya bukan Applause...
Masa berlalu dengan pantas, Applause semakin membesar. Tanpa di sedari Applause kini sudah berusia sepuluh tahun. Applause lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah. Pagi sesi pembelajaran di sekolah. Pada waktu petang pula Applause terlibat dengan latihan olahraga,kokurikulum dan sukan.
Applause mengikuti segala aktiviti yang di anjurkan oleh pihak sekolah. Bagi Applause di sini sahajalah Syurganya..tiada kata-kata kesat yang menyakitkan hati...
Walaupun di larang dan di marahi Ibu mengenai penglibatan Applause dalam semua aktiviti sekolah, Applause tetap Applause dia tidak pernah memperdulikan kata-kata Ibunya malah Applause sudah pandai melawan dan membantah kata-kata Ibunya. Bukan niat Applause untuk menderhaka tetapi hanya untuk mempertahan dirinya daripada tomahan-tomahan Ibunya yang tidak berasas.
Kini bukan Applause sahaja yang bersekolah, dua orang adik perempuan Applause juga bersekolah yang sama dan ini yang lebih menyedihkan Applause. Ibu mengambil berat dan prihatin terhadap Adik-adiknya.Bangun pagi di kejutkan, pakaian sekolah di sediakan, sarapan di hidangkan, belanja di hulurkan dan paling menyedihkan sehingga mengalirnya airmata Applause apabila Ibu mencium dahi adik-adiknya dan berpesan supaya adik-adik belajar bersungguh-sungguh sedangkan Applause segala-galanya di uruskan oleh dirinya sendiri.
Applause menghulurkan tangan seperti biasa dan seperti biasa jugaklah Ibu akan menyambut salam Applause seperti nak dan tak nak. Applause berlalu perlahan.Di ambilnya wang saku yang di letakkan di atas meja.
Applause berasa cemburu dengan Adik-adiknya dan marah terhadap Ibu Applause. Adik-adiknya sering menimbulkan masalah terutamanya di waktu pagi...puas Ibu memujuk barulah mereka ingin ke sekolah dan ada kalanya mereka tidak akan pergi ke sekolah kerana berasa malas.Ibu akan mulalah berleter dan memarahi mereka. Lain pula dengan Applause, Ibu tidak suka Applause ke sekolah.. banyak kali Ibu menghalang Applause dengan tidak memberikan wang saku, Kalau tiada wang saku bagaimana Applause ingin menaiki bas untuk membayar tambang bas ke sekolah. Di sebabkan hal beginilah Applause selalu menyimpan wang sakunya untuk perbelanjaan sekolahnya.
Walaupun Ibu menghalang, Applause tetap pergi. Applause lebih rela di pukul, di maki, di cerca asalakan Applause dapat melangkah ke syurganya walaupun sudah beberapa kali Applause berjalan kaki kesekolah. Applause nekad dan tekad ...tiada apa yang boleh menghalang kehendak dan keinginannya.
Bagi Applause itu adalah Syurga dan Duniawinya.........
Itulah RUMAHKU SYURGAKU.......
( BERSAMBUNG APPLAUSE BAHAGIAN KE - 5 )

No comments:
Post a Comment