Tahun bersilih ganti..tahun yang lalu biarkan terus berlalu..yang buruk jadikan sempadan dan yang baik kita jadikan panduan dalam meniti arus kehidupan ini.....Sesungguhnya Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana masih di beri kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.....
Ya Allah hambamu ini sentiasa mengharapkan keredhaan Mu di atas setiap apa yang ku lakukan... Berilah Aku nur dan hidayahmu...sinarilah hidupku dengan terus membimbingku ke jalan Mu..dan dekatkanlah hatiku sentiasa kepadaMu agar Aku tidak menjadi insan yang mudah alpa dan lalai .. Kurniakanlah kekuatan di dalam jiwaku agar menjadi benteng untuk mempertahankan diriku daripada anasir-anasir yang tidak kau redhai.....
Ya Allah...segala isi hatiku..mahu pun keinginanku..hanya Dirimu yang Tahu Ya Allah..Hati kecil dan insan kerdil ini hanya mampu berserah kepadaMu di atas apa yang telah Kau tetapkan....
Semoga sinar ini terus menyinari hidupku dengan izinMu Ya Allah.....
No comments:
Post a Comment