Wednesday, January 15, 2014

DIET ATKINS


Di jadikan cerita Selangit Biru melawat salah seorang saudara di Hospital Sg.Buloh.... macam-macam cerita sehinggalah ke bab kesihatan...Obesiti...Gemuk....Berat Badan ..Aaahhhhhhh...Fikiran Selangit Biru bercelaru, maklumlah memikirkan kata-kata saudara tadi...tertembus pulak ke dalam hati sanubari Selangit Biru ..Aaddooiiiiii...

Jalan punya jalan sehinggalah ke lobi hospital..terpandanglah mesin timbang berbayar...apalagi dengan sepantas kilat mengagau-gagau mencari duit syiling 20 sen x 2 keping.....ini dia.. dengan semangat berkobar-kobar ..kembang kempis hidung Selangit Biru menahan perasaan... dan inilah keputusannya...

Height 150cm
Weight 65.7 kg

Terkejut gilerrr Selangit Biru menengoknya...berapa banyak berat daaaa...balik terus check BMI....jelas-jelas OVERWEIGHT...kuang..kuang..kuang...hahahahaa..jawapannya adalah anda di kehendaki berdiet..

healty weight range for this height : 41.6 kg - 56.5 kg


Jesteru itu Selangit Biru mengambil keputusan untuk berdiet secara sihat iaitu DIET ATKINS.....

Diet ini akan berkuatkuasa pada 3/2/2014 iaitu isnin...permulaannya...Selangit Biru haruslah menjalani program induction selama 2minggu terlebih dahulu...pengawalan makanan adalah amat penting..terutamanya pengambilan karbohidrat....

Sebelum ini Selangit Biru pernah mengikuti program ini ..dan Alhamdulillah nyata akan keberkesanannya..selain berdiet kita jugak di galakkan untuk melakukan senaman atau workout...
Selangit Biru juga ada join kelab Group Diet Atkins ini di https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/ 
untuk mengetahui menu-menu..dan perkembangan mengenai Diet Atkins ini...Alhamdulillah macam-macam yang telah Selangit Biru pelajari....

Ok berbalik kepada masalah Selangit Biru...bermula febuari program induction untuk Selangit Biru akan berjalan...Insyaallah..Target selangit Biru ialah 56 kg..berjaya atau tidak.....kita nantikan bersama-sama...Tunggguuuuuuu......




Wednesday, January 8, 2014

Aku Jatuh cinta....









Nice To Meet You....


Hai...Beauty...yang sememangnya beauty...
Pertama kali melhat mu....
Jantung dan hatiku...
berdegup kencang dan laju...
AAaaaahhhhh..sungguh ayu wajahmu...
Beauty..Oh..Beauty....
Nice To Meet You.....

Ungkapan dan ucapan ini ... ingin sekali Aku nyatakan kepadamu..
Namun apakan daya ku...
Aku seorang insan yang amat pemalu...
namun pengajaran lalu banyak mempengaruhiku..
cukuplah..cukuplah kesedihan dan kekecewaan itu...
Sesungguhnya Aku tidak mahu merasainya lagi....

Beauty...Aku berjanji..Akan ku ubah caraku...
Akan Aku luahkan isihatiku kepadamu...
Akan Aku kuatkan langkah kakiku untuk menghadapimu..
Agar aku dapat menerima cinta , kasih dan sayangmu..
Beauty..oh..Beauty....
Nice To Meet You...
Pasti akan ku luahkan jua padamu...


Aaahhhhhhh.....Datanglah Keberanian..
Berilah kekuatan...
Berilah semangat...
Agar Aku dapat memenuhi kehendak hatiku ini...

Aku berjanji..akan ku ku nanti mu di sini...
Akan kuluahkan segalanya..
Kau tunggu Beauty...
Aku pasti
Aku pasti...
Aku pasti..
Aku pasti dan yakin..
Akan ku ucapkan jua....
Nice To Meet You Beauty.......



Monday, January 6, 2014

Selamat Datang 2014.......


Tahun bersilih ganti..tahun yang lalu biarkan terus berlalu..yang buruk jadikan sempadan dan yang baik kita jadikan panduan dalam meniti arus kehidupan ini.....Sesungguhnya Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana masih di beri kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.....

Ya Allah hambamu ini sentiasa mengharapkan keredhaan Mu di atas setiap apa yang ku lakukan... Berilah Aku nur dan hidayahmu...sinarilah hidupku dengan terus membimbingku ke jalan Mu..dan dekatkanlah hatiku sentiasa kepadaMu agar Aku tidak menjadi insan yang mudah alpa dan lalai .. Kurniakanlah kekuatan di dalam jiwaku agar menjadi benteng untuk mempertahankan diriku daripada anasir-anasir yang tidak kau redhai.....

Ya Allah...segala isi hatiku..mahu pun keinginanku..hanya Dirimu yang Tahu Ya Allah..Hati kecil dan insan kerdil ini hanya mampu berserah kepadaMu di atas apa yang telah Kau tetapkan....
Semoga sinar ini terus menyinari hidupku dengan izinMu Ya Allah.....

Selamat Tinggal 2013...