Tuesday, April 1, 2014

JANGAN BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA



Alhamdulillah..selepas membaca buku ini , Selangit Biru sedar kesedihan dan kebahagiaan memang tidak dapat di pisahkan dalam kehidupan. Namun begitu kita haruslah cari bagaimana cara untuk mengatasi kesedihan kita untuk mencapai kebahagiaan.

Buku ini Selangit Biru baru beli..belek-belek di kedai buku tertarik dengan tajuk di muka buku ini. Selangit Biru membaca sepintas lalu dan tertarik dengan isi kandungannya. Mungkin ianya bersesuaian dengan jiwa Selangit Biru.

Selangit Biru dakap buku itu terus ke kuanter bayaran. Selalunya sebelum membeli sesuatu buku, Selangit Biru mengambil masa yang lama..tapi buku ini tak sampai lima minit dah menjadi hak milik Selangit Biru.
Apa yang nak di hairankan sudah kehendak yang Maha Esa, di gerakkan hati Selangit Biru untuk membeli buku tersebut.

Bagi Selangit Biru buku ini kini menjadi Inspirasi kepada Selangit Biru bagi meninggalkan kesedihan untuk mencapai kebahagiaan.Terima kasih kepada pengarang buku ini iaitu DR.'AIDH BIN'ABDULLAH AL-QARNI. Di sini Selangit Biru sertakan Muqaddimah daripada penulis buku " Janganlah Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia " yang telah mencuit hati nurani Selangit Biru.........


Wahai manusia yang paling bahagia
Kerana agama dan etika,meskipun tanpa permata,
Kalung, dan emas yang menghiasinya
melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya
bagaikan berita gembira,bagaikan hujan,
bagaikan fajar,bagaikan sinar,dan bagaikan awan,
dalam sujud,dalam doa,
dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,
dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh
dan kitab-kitab yang juga dipesankan
oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua
yang darinya Rasul Tuhanmu
dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab
engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia
berkat keyakinan yang ada 
dalam kalbumu yang suci
lagi penuh ketaatan