Wednesday, April 13, 2016

PANAS OH PANAS !!!

                                                                     
Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau lebih mesra dengan panggilannya 'ABANG'. Abang adalah anak kedua Selangit Biru,orangnya manja dan sensitif bak kata " hati penuh taman" hehehe...
Hasdi berbeza dengan adiknya Hasbi.Adiknya agak kasar dan ganas sikit tapi penyayang, terutamanya bila dia rasa bersalah membuat abangnya menanggis.
Di jadikan kisah,hari nie,hari ke-10 hasdi tak berapa sihat. 
Permulaan ceritanya ,Hasdi pengsan di sekolah agamanya.Jesteru itu Ustazah sekolahnya suruh dia berehat. Setelah tamat sekolah agamanya, Si kakak pun menjemput si Abang dan Si adik pulang ke sekolah. Maklumlah,Sekolah agama dan Tadika Islam adalah satu sekolah dan berhampiran sangat dengan kawasan rumah Selangit Biru.Jengok kat tingkap je...nampaklah tiga beradik tue pulang sekolah...Biasanya Selangit Biru yang hantar dan ambil,memandangkan hari nie sakit kepala,serahkan tugasan kepada asistant selangit biru...
Sampai di rumah,si kakak pun menyerahkan laporannya apa yang berlaku di sekolah. Selangit Biru periksa keadaannya, tiada demam.Hasdi kata kepalanya pening dan rasa nak pitam, dia rasa panas sangat. Selangit biru rasa mungkin dia panas dalam, ya lah waktu pagi,matahari tak terik lagi.
So,hari nie cutilah sekolah kebangsaan. Tahun nie boleh di katakan Hasdi kerap cuti sekolah.Selalunya Faktor cuaca mempengaruhi kesihatannya.Selangit Biru akui, hasdi memang lemah sikit,antibodynya tak berapa kuat.jadi dia senang kena demam dan sakit.
Keesokkanya Selangit Biru membawanya ke klinik,sebab malam tadi badannya panas sangat. Baru nak naik demam,tapi malam tadi memang panas betul,Selangit Biru pun tak boleh tahan tapi si Hasdi kata sejuk sangat.
Buat pemeriksaan di Klinik,hasdi di sahkan demam.Dalam jangka masa tersebut,hasdi kejap demam kejap surut,.sehinggalah Selangit Biru lihat bibirnya mula mengering dan merekah sehingga berdarah.
Selangit Biru pastikan setiap 1 jam, hasdi akan menghabiskan 1 botol mineral kecil.Tapi tetap tiada perubahan. Bibirnya macam melecur-lecur kehitaman kering sangat.Selangit biru dan Hubby membawanya ke Hospital.
Doktor mengambil darah dan menjalani X-ray untuk peparu Hasdi. Kemudian , Hasdi di tahan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Hasil ujian Doktor,Hasdi tiada denggi,cuma akibat terlalu panas yang membuatkan dia tak boleh tahan.
Sekarang,Alhamdulillah,Hasi dan beransur pulih.Bibir dan mukannya dah mula kelihatan kemerahan.
Selangit Biru bersyukur sesangat,mekaseh juga buat Hubby yang menjaga anaknya setiap malam sehingga tidak tidur....