Thursday, July 24, 2014

KUNAK,SABAH....NANTIKAN KEPULANGANKU.....


17 Julai 2014


Ehhmmmmm...tak sabar rasanya ..Selangit Biru menghitung hari nak balik kat sini...sini kampung halaman Hubby Selangit Biru..Rumah Mertua Selangit Biru lah apalagi.....Dah Tiga tahun kami tak balik...biasalah...cuti hubby ikut group..la nie turn dia..apalagi semangat berkobar-kobar lah.....

Kampung Airport Batu 10, Tun Fuad, Kunak Sabah...kat sini lah kami nak balik... nie pic lama nie..takpe nanti Selangit Biru balik..Selangit Biru Snap gambar baru ye....



Alhamdulillah ..Tahun nie kami balik seramai 9 orang...Selangit Biru sekeluarga sudah 5 orang..Adik Ipar Selangit Biru 3 orang perempuan dan seorang lagi kawan istimewa salah seorang Adik Ipar Selangit Biru..Biasalah nak merasai suasana berhari raya di Sabah....

Sepatutnya mengikut perancangan ramai lagi nak balik tapi..apakan daya kak ipar baru bersalin dan adik ipar satu lagi kena bekerja pada hari raya ini...so terpaksalah mereka membatalkan percutian mereka...kalau tidak pasti bertambah meriah kami semua adik beradik berkumpul di kampung..huhuhu...





HUBBY DAN SELANGIT BIRU








ANAK-ANAK
 SELANGIT BIRU








ADIK-ADIK IPAR SELANGIT BIRU




Tahun nie kami balik naik MAS http://www.malaysiaairlines.com...



Tahun nie kami sekeluarga mengambil cuti yang agak lama jugak di bandingkan dengan tahun-tahun yang sudah.....Biasanya kami ambil cuti tak sampai 14 hari tapi tahun nie lama sikit sampai nak dekat 3 minggu bercuti.

Alhamdulilllah , dapat jugak tiket promosi penerbangan balik daripada MAS... so dapat jugaklah save bajet untuk tiket.....Segala urusan tiket dah selesai..surat-sutrat cuti pun sama..tinggal tarikh dan waktu untuk berlepas sahaja....




Berbunga-bunga hati Selangit Biru di tika dan saat ini...ya lah.. rindu dengan suasana kampung di Sabah...ditambah pula ini kali pertama si kecil bongsu pulang ke kampung untuk berjumpa datuk dan neneknya..terutamanya nenek tuanya yang tak pernah langsung berpeluang menatap wajah si kecil ku...

Walaupun tahun nie kami beraya di Sabah.. segalanya telah di susun rapi dan teratur..agar perbelanjaan tidak melampaui batas yang telah di tetapkan....bajet..bajet..bajet...bah...hahahaaha.....

 Selangit Biru rasa tahun nie amat bermakna sekali..bukannya apa..tahun nie Hubby Selangit Biru bercuti bersama kami..tentulah kami berasa bahagia yang teramat sesangat. Dah lama rasanya Selangit Biru dan HUbby tidak bercti bersama-sama anak-anak......

Doakan Kepergiaan dan kepulangan Selangit Biru dengan selamatnya.....Aamiin.......