Saturday, April 9, 2016

Hot Mama Teratai Netball Club




Hari nie Selangit Biru nak story pasal Team Netball Selangit Biru. Nama team nie HOT MAMA TERATAI NETBALL CLUB. Team Netball nie berpusat di Apartment Teratai Taman Bunga Raya Bukit Beruntung. Boleh Klik dan Like di Fan Page nie


Team Netball nie sudah lama bertapak di Apartment Teratai nie, cuma sekarang baru Selangit Biru Join, maklumlah Selangit Biru pun baru 5 tahun berpindah ke sini.Tujuan Selangit Biru join cuma untuk suka-suka sahaja, bersukan di waktu terluang. 
Kadang-kala join juga untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang di anjurkan oleh pasukan netball yang lain. Team Hot Mama sering jugak la mengambil bahagian. Tapi kadang-kala tidak dapat turut serta dalam pertandingan memandangkan masalah kewangan dan pengangkutan maklumlah setiap pemain terdiri daripada suri-suri rumah sepenuh masa samalah seperti Selangit Biru.
Team Hot Mama sering mencari sponsor-sponsor yang boleh sponsor kumpulan ini terutamanya dari segi kewangan.Kadang-kala ada yang bermurah hati nak sponsor tapi kadang-kala hampa.
Di sebabkan minat terhadap sukan Netball ini, Team ini akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan dana untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan ini.

TERUSKAN HOT MAMA!










No comments:

Post a Comment

PANAS OH PANAS !!!

                                                                      Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau l...