Wednesday, April 13, 2016

PANAS OH PANAS !!!

                                                                     
Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau lebih mesra dengan panggilannya 'ABANG'. Abang adalah anak kedua Selangit Biru,orangnya manja dan sensitif bak kata " hati penuh taman" hehehe...
Hasdi berbeza dengan adiknya Hasbi.Adiknya agak kasar dan ganas sikit tapi penyayang, terutamanya bila dia rasa bersalah membuat abangnya menanggis.
Di jadikan kisah,hari nie,hari ke-10 hasdi tak berapa sihat. 
Permulaan ceritanya ,Hasdi pengsan di sekolah agamanya.Jesteru itu Ustazah sekolahnya suruh dia berehat. Setelah tamat sekolah agamanya, Si kakak pun menjemput si Abang dan Si adik pulang ke sekolah. Maklumlah,Sekolah agama dan Tadika Islam adalah satu sekolah dan berhampiran sangat dengan kawasan rumah Selangit Biru.Jengok kat tingkap je...nampaklah tiga beradik tue pulang sekolah...Biasanya Selangit Biru yang hantar dan ambil,memandangkan hari nie sakit kepala,serahkan tugasan kepada asistant selangit biru...
Sampai di rumah,si kakak pun menyerahkan laporannya apa yang berlaku di sekolah. Selangit Biru periksa keadaannya, tiada demam.Hasdi kata kepalanya pening dan rasa nak pitam, dia rasa panas sangat. Selangit biru rasa mungkin dia panas dalam, ya lah waktu pagi,matahari tak terik lagi.
So,hari nie cutilah sekolah kebangsaan. Tahun nie boleh di katakan Hasdi kerap cuti sekolah.Selalunya Faktor cuaca mempengaruhi kesihatannya.Selangit Biru akui, hasdi memang lemah sikit,antibodynya tak berapa kuat.jadi dia senang kena demam dan sakit.
Keesokkanya Selangit Biru membawanya ke klinik,sebab malam tadi badannya panas sangat. Baru nak naik demam,tapi malam tadi memang panas betul,Selangit Biru pun tak boleh tahan tapi si Hasdi kata sejuk sangat.
Buat pemeriksaan di Klinik,hasdi di sahkan demam.Dalam jangka masa tersebut,hasdi kejap demam kejap surut,.sehinggalah Selangit Biru lihat bibirnya mula mengering dan merekah sehingga berdarah.
Selangit Biru pastikan setiap 1 jam, hasdi akan menghabiskan 1 botol mineral kecil.Tapi tetap tiada perubahan. Bibirnya macam melecur-lecur kehitaman kering sangat.Selangit biru dan Hubby membawanya ke Hospital.
Doktor mengambil darah dan menjalani X-ray untuk peparu Hasdi. Kemudian , Hasdi di tahan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Hasil ujian Doktor,Hasdi tiada denggi,cuma akibat terlalu panas yang membuatkan dia tak boleh tahan.
Sekarang,Alhamdulillah,Hasi dan beransur pulih.Bibir dan mukannya dah mula kelihatan kemerahan.
Selangit Biru bersyukur sesangat,mekaseh juga buat Hubby yang menjaga anaknya setiap malam sehingga tidak tidur....







                        




Sunday, April 10, 2016

TAHNIAH ! PRINCES NUHA...

                                       


Tahniah buat anak tersayang Princes Nuha,Nurhasanahtul Aiman dan kawan-kawanya yang telah lulus UPSR 2015.

Selangit Biru tetap berbangga kerana usahanya untuk lulus berhasil juga.Walaupun keputusan anak Selangit Biru tidak secermalang seperti anak orang lain, Selangit tetap PROUD dan BERBANGGA.

Bagi Selangit Biru, perjalannanya masih jauh lagi, sekarang anak Selangit Biru sudah faham dan mengerti seandainya kita rajin berusaha setiap apa yang kita lakukan dengan niat hati yang ikhlas,gigih,doa kepada yang Esa, Insyaallah kita pasti akan mendapat redhanya dan Berjaya.

Semoga Princes Nuha akan sentiasa Berjaya dan ingatlah jalan sentiasa ada hanya cara dan pilihan kita yang menentukan setiap baik dan buruknya perjalanan hidup kita.

Princes Nuha, Doa ibu sentiasa buatmu.

TAHNIAH & TAHNIAH…!!!!!


 

  

 

Saturday, April 9, 2016

Hot Mama Teratai Netball Club




Hari nie Selangit Biru nak story pasal Team Netball Selangit Biru. Nama team nie HOT MAMA TERATAI NETBALL CLUB. Team Netball nie berpusat di Apartment Teratai Taman Bunga Raya Bukit Beruntung. Boleh Klik dan Like di Fan Page nie


Team Netball nie sudah lama bertapak di Apartment Teratai nie, cuma sekarang baru Selangit Biru Join, maklumlah Selangit Biru pun baru 5 tahun berpindah ke sini.Tujuan Selangit Biru join cuma untuk suka-suka sahaja, bersukan di waktu terluang. 
Kadang-kala join juga untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang di anjurkan oleh pasukan netball yang lain. Team Hot Mama sering jugak la mengambil bahagian. Tapi kadang-kala tidak dapat turut serta dalam pertandingan memandangkan masalah kewangan dan pengangkutan maklumlah setiap pemain terdiri daripada suri-suri rumah sepenuh masa samalah seperti Selangit Biru.
Team Hot Mama sering mencari sponsor-sponsor yang boleh sponsor kumpulan ini terutamanya dari segi kewangan.Kadang-kala ada yang bermurah hati nak sponsor tapi kadang-kala hampa.
Di sebabkan minat terhadap sukan Netball ini, Team ini akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan dana untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan ini.

TERUSKAN HOT MAMA!