Friday, July 18, 2014

MH17 TERHEMPAS.....

انا لله وانا اليه راجعون

Ya Allah berdebar-debar apabila mendengar perkhabaran ini...MH lagi...Dugaan demi dugaan datang menguji kita sebagai umat Islam di muka bumi ini...Sesungguhnya ini adalah peringatan daripada Mu Illahi...

Tragedi MH370 masih segar dalam ingatan ini kini di tambah lagi dengan tragedi MH17 pula....Musibah apakah yang akan melanda kita...di tambah lagi dengan peperangan dan pengeboman umat Islam di Gaza..Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Islam Palestin..membuat aku berasa amat teramat sedih sehingga bergetar seluruh tubuhku....Ya Allah begitu kuatnya ujianMu buat hamba-hambaMu ini..Ya Allah....Sesungguhnya Aku sedar ujian Mu tidak lebih daripada kemampuan kami...kerna kasih dan sayangnya Mu terhadap kami maka itulah kami di uji...Tawakal dan kesabaran ku pohon kepadaMU Illahi agar di tetapkan Iman ini di atas setiap ujian Mu......

Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine.



Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia

Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine

Berita tergempar yang baru di terima, pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH 17, yang membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal terhempas di sempadan Ukraine.Pesawat tersebut terhempas kerana…


Laporan awal dari sumber mengatakan ia ditembak jatuh oleh pejuang Ukraine yang 
Pro- Russia.Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.
MAS mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.


Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Twitter Najib Razak Pesawat MAS Terhempas




















  • Pesawat Boeing MAS 777 MH 17 dikatakan dalam penerbangan dari Amsterdan ke Kuala Lumpur
  • Berlepas pada pukul 12.15 pagi, waktu Amsterdam dan dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini.
  • Membaway 280 penumpang dan 15 anak kapal.17 orang dari penumpang adalah kanak-kanak.
  • Menurut sumber, pesawat ditembak jatuh pejuang rebel -Pro Russia.
  • Kesemua penumpang di dalam pesawat MH 17 dikatakan mati dalam kejadian.Tiada yang terselamat.
  • Pesawat MAS MH 17 hilang dari radar pada 1.30 petang waktu tempatan, 10 minit sebelum keluar dari ruang udara Ukraine.


Pesawat MAS Terhempas DI Russia



Gambar Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine


Gambar Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh 3


Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia 3Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia 2

Ku ucapkan takziah terhadap kejadian yang menimpa Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17.



Read more: http://agendasemasa.com/pesawat-penumpang-mas-airlines-mh-17-terhempas-di-ukraine#ixzz37m57Mq95

No comments:

Post a Comment

PANAS OH PANAS !!!

                                                                      Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau l...