Monday, April 7, 2014

SYABU...BUKAN ...SYURGAWI !!!

 SYABU..SYURGAWI....?????

Entry kali ini Selangit Biru ingin berkongsi info tentang sejenis dadah yang bernama Syabu. "dMethamphetamine hydrochloride" adalah nama saintifiknya atau lebih di kenali lagi dengan nama panggilan (street name) SYABU.
Syabu adalah satu jenis dadah tiruan ataupun 'DESIGNER DRUGS'.

Perkataan syabu sebenarnya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah..Syabu mempunyai beberapa lagi nama panggilan seperti :



  • ICE
  • GLASS
  • CRACK METH
  • HIROPONG
  • BATU (STONES)
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah / putih dan bersifat lutcahaya (colourless rock-like transparent granules) yang halus.Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti :
  • China white
  • Cristal Stones
Pada umumnya, syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu :
  • Cristal Stones
  • China White
  • Syabu biasa yang kebanyakkanya telah di campur dengan tawas.









Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang nerukuran 2cm x 2cm dan berat dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045g dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.




Bahan-bahan utama yang terkandung di dalam syabu ialah "dMethamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian lll Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin.1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine,hydrochorideacid dan synthesis kimia seperti berikut :
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3



Manakala peralatan yang digunakan untuk menghisap syabu pula di kenali sebagai 'Dapur'. seseorang penagih dadah akan menghasilkan penggunaan 'dapur' nya mengikut kreativitinya yang tersendiri daripada bahan buangan terpakai.Antara bahan buangan terpakai yang digunakan untuk menghasilkan 'Dapur' tersebut ialah botol minuman keras, botol air mineral, bekas pewangi,paip getah dan pelbagai bahan lain mengikut imaginasi si penghasil.




Contoh penggunaan syabu :
  • Hidu (Chasing the dragon)
  • Suntikan
  • Hisap

















Alasan dan sebab penyebab penggunaan syabu ke atas pengguna adalah :
  1. Hilang mengantuk dan berjaga-jaga lebih daripada 24jam
  2. Kekuatan mental dan fisikal
  3. keseronokkan dan khayalan
  4. Bertambah keseronokkan seks dan daya tahan
  5. Ingin Menguruskan badan
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

Kesan-kesan atau akibat penyalahgunaa syabu di bahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang.
Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

  1. Khayalan atau hakusinasi pada penglihatan dan pendengaran
  2. Perangai cepat marah,resah dan perasaan tidak tenang
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi dan
  4. bersifat agresif
Akibat jangka masa panjang pula adalah seperti berikut :

  1. Kerosakkan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok)
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang
  4. Pergantungan psikologi keatas syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya
  5. Mendatangkan kerosakkan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut
  6. Boleh mengakibatkan penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease yang sukar diubati.




























































Kawalan Undang-undang ke atas syabu.

Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikkan pemjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakkan makamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.


Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengekspot atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.


Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah perangsang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini :-
  1. Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.
  2. Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh di kenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
  3. Pemilik lebih 5g tetapi kurang 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2 sehingga 5 tahun dan sebatan 3 hingga 9 sebatan.
  4. Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
  5. Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.

Statistik Penggunaan Dadah

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), secara purata seramai 620 penagih baru dan 360 penagih berulang dikesan setiap bulan.  Jika dibandingkan statistic penagihan mengikut umur bagi bulan Januari hingga Mac 2013, golongan belia merupkan golongan yang paling ramai terdedah (73%) berbanding dengan golongan dewasa (23%).  Golongan belia ini berumur antara 19 tahun hingga 39 tahun.  Megikut kajian AADK, jenis dadah yang paling banyak digunakan adalah jenis heroin (45%), diikuti dengan morfin (32%), ganja (16%) dan yang membimbangkan jenis ATS seperti syabu ini makin meningkat (7%).
Dalam pengambilan dadah jenis "ice", yang juga dikenali sebagai syabu, atau ‘meth’ (singkatan kepada nama scientificnya Methamphetamine) adalah popular di kalangan belia di bandar dan luar bandar. Senario di Malaysia menunjukkan peratusan penyalahgunaan dadah jenis sinthetik ini di kalangan belia dan remaja, menunjukkan peningkatan dan keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka merupakan aset terpenting sesebuah negara. 

Dadah Dari Sudut Pandangan Islam
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama, iaitu memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan……" Surah Al-Baqarah : 195

Tindak Balas Syabu Di Dalam Badan

Kesan keseronokan (khayal) akibat pengambilan syabu menyebabkan individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan. Kesan ini dipercayai akibat rangsangan terhadap ‘Dopamine’ iaitu penghantar neuron ke otak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang ‘Dopamine’. Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin dan morfin. Cukup sekadar dua kali dalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagihan.
Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar ‘Dopamine’ dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Untuk mengembalikan Dopamine kepada kadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selama setahun.  Penagih syabu yang ingin meninggalkan ketagihan syabu tidak ada jalan singkat dan mudah, melainkan terpaksa menanggung seksaan akibat dari penagihan tersebut.

Kesan Pengaruh Syabu Kepada Penggunanya

Mental dan emosi
Kesan mungkin menjadi gila akibat halusinasi dan delusi (kekeliruan) sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Prasangka buruk kepada orang lain, mendengar bisikan dan  sentiasa dalam ketakutan seperti ada orang yang  mengejar dan mengintip. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.
Fizikal
Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, berparut dan luka di badan (kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya), kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan dan lumpuh.

Sokongan Dan Bantuan Pemulihan Dadah dan Syabu
Sememangnya penyakit melawan nafsu ketagihan dadah adalah penyakit yang paling sukar dan memerlukan kesabaran, ketabahan dan jati diri yang tinggi. Pihak keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam memulihkan ahli keluarga yang telah menjadi penagih dadah dalam memberikan galakan motivasi. Bekas-bekas penagih yang telah melalui rawatan haruslah diterima balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Perasaan prasangka buruk terhadap para penagih menjadikan mereka berasa tersisih dan akan mudah kembali kepada penyalahgunaan dadah. Kita harus sedar dan memberikan mereka harapan dan peluang untuk memulakan kehidupan baru.

Sesungguhnya seruan dan perintah tegas Allah dalam Al-Quran yang memberi perhatian besar terhadap taubat :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" Surah At Tahrim: 8
Ini adalah perintah yang tegas dari Allah SWT dalam Al Quran kepada manusia untuk melakukan taubat dengan taubat nasuha,  iaitu taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, berazam menghapus keburukan-keburukan yang pernah dilakukan sebelumnya, mengembalikan fitrah kemurnian jiwa. Oleh karena itu, kita hendaklah berusaha dan berdoa kepada Allah  membantu diri kita sentiasa bertaubat kepada-NYA.

Antara Surah Surah Amalan

  • Surah At Taubah (Ayat 28 hingga ayat 36)
  • Surah At Taubah (Ayat 60 hingga ayat 70)
  • Surah Hijr (Ayat 66 hingga ayat 99)
  • Surah Al Hajj (Ayat 40 hingga ayat 55)



No comments:

Post a Comment

PANAS OH PANAS !!!

                                                                      Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau l...