Wednesday, April 9, 2014

Jahit,Menjahit Dan Terjahit


Hari nie Selangit Biru nak cerita pasal menjahit. Di jadikan cerita Selangit Biru barulah belajar menjahit. Belajar sendiri je ..tengok-tengok kat blog ,you tube,belajar dgn geng-geng jahit dan masuk group menjahit kat FB https://www.facebook.com/groups/gengjahit/. Terima kasih tak terhingga buat member-member dan geng-geng jahit yang  banyak mengajar.....mekaseh!mekaseh!
 Niat di hati nak menjahit untuk baju anak-anak, my hubby dan Selangit Biru sendiri.

Permulaanya Selangit Biru pinjam mesin jahit kak ipar Selangit Biru. Mesin jahit inilah Selangit Biru cuba membiasakan diri dan mula menjahit. Mula-mula memang agak payah terutamanya bila benang tak jadi, jarum patah dan benang kusut-kusut.Masa-masa macam inilah berkusut kepala otak Selangit Biru alih-alih panggil kak ipar mari betulkan.

Namun Semangat selangit Biru tetap kuat nak belajar jahit baju jugak. Akhirnya berkat kesabaran jadi jugalah baju-baju Selangit Biru walaupun jahitannya senget-senget sikit. Ahh!!! Tak kisah janji happy....
Bila lihat anak-anak pakai baju yang Selangit Biru jahit..rasa sesuatu di dalam hati...bahagianya rasa terutaman Hubby turut pakai baju yang Selangit Biru buat. Terharu jugak coz walaupun macam besar sikit My Hubby tersenyum je tak kritik apa-apa pun...Terima kasih Hubby....

Alhamdulillah.sekarang nie dah bolehlah nak jahit baju untuk keluarga Selangit Biru di tambah lagi dengan hadiah yang Hubby Selangit Biru berikan , bertambah-tambah lagilah semangat Selangit Biru. Terima Kasih Hubby.

Insyaallah Tahun nie kami sekeluarga akan pakai baju jahitan Selangit Biru ...Sedondon dah semestinya.....

 First Time buat baju anak-anak JUBAH RIAU

Hadiah dari My Hubby Brother GS 2700

Baju Melayu Adik Hasbi









KOLEKSI SETAKAT INI..............