Thursday, December 5, 2013

Siapa Aku...?????

Aku adalah insan biasa di muka bumi ini...
Aku adalah insan yang sederhana di dunia metropolitan ini...
Aku tidak secantik mana..
Aku tidak bergaya seperti artis yang glamour di abad ini...
Aku mempunyai jiwa sensitif yang mudah tersentuh...
Aku insan yang tidak pandai berbicara untuk meluahkan perasaan....
Aku insan yang suka memendam kesedihan..kesusahan...kesulitan..
Aku insan yang suka berkongsi kegembiraan...
Aku mempunyai dunia ku sendiri...
Aku mencipta alam maya ku sendiri..
Aku mencari dan berkongsi kebahagian dengan cara ku sendiri...
Aku tidak mengharapkan sesiapa....
Aku insan yang berdikari..susah senang hanya Aku yang ketahui..
Aku insan yang setia mencintai dan menyanyangi...
Aku tidak seromantis dan selembut mana..
Aku adalah insan yang biasa-biasa...
Aku adalah insan yang serba kekurangan yang perlu ku pelajari...

NAMUN......

AKU TETAP DAN SELALU BERSYUKUR DI ATAS CIPTAANMU ILLAHI..
YANG BAIK ADALAH DARIPADAMU .....
DAN YANG BURUK HANYALAH DARIPADAKU......