Tuesday, February 19, 2013

Nasi Ayam Madu


Nasi Ayam Madu  

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu 
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Hiasan
daun bawang
bawang goreng
daun salad / timun

Cara-caranya Derr...
  • Bersihkan ayam. Potong ikut suka
  • Tumbuk bawang putih dan halia.Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang menjadi perang.
  • Masukkan air, ayam , sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak.
  • Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambil 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu , sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh.
  • Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
  • Sedia untuk di hidangkan.