Wednesday, April 13, 2016

PANAS OH PANAS !!!

                                                                     
Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau lebih mesra dengan panggilannya 'ABANG'. Abang adalah anak kedua Selangit Biru,orangnya manja dan sensitif bak kata " hati penuh taman" hehehe...
Hasdi berbeza dengan adiknya Hasbi.Adiknya agak kasar dan ganas sikit tapi penyayang, terutamanya bila dia rasa bersalah membuat abangnya menanggis.
Di jadikan kisah,hari nie,hari ke-10 hasdi tak berapa sihat. 
Permulaan ceritanya ,Hasdi pengsan di sekolah agamanya.Jesteru itu Ustazah sekolahnya suruh dia berehat. Setelah tamat sekolah agamanya, Si kakak pun menjemput si Abang dan Si adik pulang ke sekolah. Maklumlah,Sekolah agama dan Tadika Islam adalah satu sekolah dan berhampiran sangat dengan kawasan rumah Selangit Biru.Jengok kat tingkap je...nampaklah tiga beradik tue pulang sekolah...Biasanya Selangit Biru yang hantar dan ambil,memandangkan hari nie sakit kepala,serahkan tugasan kepada asistant selangit biru...
Sampai di rumah,si kakak pun menyerahkan laporannya apa yang berlaku di sekolah. Selangit Biru periksa keadaannya, tiada demam.Hasdi kata kepalanya pening dan rasa nak pitam, dia rasa panas sangat. Selangit biru rasa mungkin dia panas dalam, ya lah waktu pagi,matahari tak terik lagi.
So,hari nie cutilah sekolah kebangsaan. Tahun nie boleh di katakan Hasdi kerap cuti sekolah.Selalunya Faktor cuaca mempengaruhi kesihatannya.Selangit Biru akui, hasdi memang lemah sikit,antibodynya tak berapa kuat.jadi dia senang kena demam dan sakit.
Keesokkanya Selangit Biru membawanya ke klinik,sebab malam tadi badannya panas sangat. Baru nak naik demam,tapi malam tadi memang panas betul,Selangit Biru pun tak boleh tahan tapi si Hasdi kata sejuk sangat.
Buat pemeriksaan di Klinik,hasdi di sahkan demam.Dalam jangka masa tersebut,hasdi kejap demam kejap surut,.sehinggalah Selangit Biru lihat bibirnya mula mengering dan merekah sehingga berdarah.
Selangit Biru pastikan setiap 1 jam, hasdi akan menghabiskan 1 botol mineral kecil.Tapi tetap tiada perubahan. Bibirnya macam melecur-lecur kehitaman kering sangat.Selangit biru dan Hubby membawanya ke Hospital.
Doktor mengambil darah dan menjalani X-ray untuk peparu Hasdi. Kemudian , Hasdi di tahan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Hasil ujian Doktor,Hasdi tiada denggi,cuma akibat terlalu panas yang membuatkan dia tak boleh tahan.
Sekarang,Alhamdulillah,Hasi dan beransur pulih.Bibir dan mukannya dah mula kelihatan kemerahan.
Selangit Biru bersyukur sesangat,mekaseh juga buat Hubby yang menjaga anaknya setiap malam sehingga tidak tidur....




Sunday, April 10, 2016

TAHNIAH ! PRINCES NUHA...

                                       


Tahniah buat anak tersayang Princes Nuha,Nurhasanahtul Aiman dan kawan-kawanya yang telah lulus UPSR 2015.

Selangit Biru tetap berbangga kerana usahanya untuk lulus berhasil juga.Walaupun keputusan anak Selangit Biru tidak secermalang seperti anak orang lain, Selangit tetap PROUD dan BERBANGGA.

Bagi Selangit Biru, perjalannanya masih jauh lagi, sekarang anak Selangit Biru sudah faham dan mengerti seandainya kita rajin berusaha setiap apa yang kita lakukan dengan niat hati yang ikhlas,gigih,doa kepada yang Esa, Insyaallah kita pasti akan mendapat redhanya dan Berjaya.

Semoga Princes Nuha akan sentiasa Berjaya dan ingatlah jalan sentiasa ada hanya cara dan pilihan kita yang menentukan setiap baik dan buruknya perjalanan hidup kita.

Princes Nuha, Doa ibu sentiasa buatmu.

TAHNIAH & TAHNIAH…!!!!!



  

 

Saturday, April 9, 2016

Hot Mama Teratai Netball Club




Hari nie Selangit Biru nak story pasal Team Netball Selangit Biru. Nama team nie HOT MAMA TERATAI NETBALL CLUB. Team Netball nie berpusat di Apartment Teratai Taman Bunga Raya Bukit Beruntung. Boleh Klik dan Like di Fan Page nie


Team Netball nie sudah lama bertapak di Apartment Teratai nie, cuma sekarang baru Selangit Biru Join, maklumlah Selangit Biru pun baru 5 tahun berpindah ke sini.Tujuan Selangit Biru join cuma untuk suka-suka sahaja, bersukan di waktu terluang. 
Kadang-kala join juga untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang di anjurkan oleh pasukan netball yang lain. Team Hot Mama sering jugak la mengambil bahagian. Tapi kadang-kala tidak dapat turut serta dalam pertandingan memandangkan masalah kewangan dan pengangkutan maklumlah setiap pemain terdiri daripada suri-suri rumah sepenuh masa samalah seperti Selangit Biru.
Team Hot Mama sering mencari sponsor-sponsor yang boleh sponsor kumpulan ini terutamanya dari segi kewangan.Kadang-kala ada yang bermurah hati nak sponsor tapi kadang-kala hampa.
Di sebabkan minat terhadap sukan Netball ini, Team ini akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan dana untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan ini.

TERUSKAN HOT MAMA!










Saturday, November 21, 2015

Netball oh Netball

Hari nie nak cerita kisah Selangit Biru main Netball dengan kawan-kawan se Apartment...hehehhe..

Hampir satu bulan, Selangit Biru join kumpulan Netball nie.. Tak sangka-sangka la plak nak join ..al kisahnya di suatu petang terserempak dengan kumpulan Netball nie sedang berlatih...Kebetulan selangit Biru nie sememangnya berminat sesangat-sangat dengan permainan Netball ...

Cerita punya cerita, diaorang pun ajak join..so dengan rasa rendah dirinya dan semangat berkobar-kobarnya Selangit Biru pun Join la group nie...

Group Netball nie mewakili Apartment Kami iaitu Apartment teratai di kawasasan kami tinggal.Latihan di adakan pada setiap petang dan adakalanya di waktu pagi memandangkan kami nie semuanya kaum ibu-ibu dan surirumah sepenuh masa. sebelum nie Selangit Biru pernah mewakili sekolah dan peringkat Daerah masa waktu persekolahan dulu..tapi itu dulu la punya cerita dah berbelas tahun tak main Netball nie..Alih-alih dah berusia nie main semula. Selangit Biru dulu selalu main position Attack , la nie main Defiend pulak...hahaha..bayangkan Selangit Biru yang tak berapa nak tinggi nie...takpe la main suka-suki je..bukannya nak mewakili negara pun...niat cuma nak sihat badan...nak exercise la katakan....tapi kalu ada rezeki terpilih wakili negara pun apa salahnya..hahaha...selangit biru di ulit mimpi..

Ok..train punya train akhirnya sampailah first game untuk Selangit Biru . Game Friendly je..tapi semangat jugaklah walaupun di kategorikan pemain simpanan je...Ala..layan je...
Friendly di anjurkan oleh Black Eagle Netball club sentosa. Kami Friendly dengan empat Group. Ada satu group tue pemainnya campur dengan lelaki dan perempuan, tapi tak pelah nak test power je..dan sememangnya mereka nie memang power...BENC arrange frenly dgn beberapa team 151115.. Tq to team Teratai, Apa2 Aje, BBBS ..memang Best...






  






Empat game..walaupun main separuh-separuh masa tapi penat gilerrr rasanya...Dengan panas teriknya maklumlah courtnya terbuka la katakan....Habis game Group Selangit Biru pekena pulak cendol....Ahhh leganya....


           
 Akhir cite..sampai rumah sakit kaki....Aduhhh ..duhhh..duhh...sakitnya kaki 
Selangit Biru....Tapi Happyla keluar dengan memberramai-ramai cam nie...sambil 
berkenal-kenalan mengiratkan lagi silaturrahim sesama....

                                                                                   


Friday, November 20, 2015

PEMBEKAL SERUNDING


Kali nie Selangit Biru ingin mempromosikan Serunding hsh Selangit Biru.....
Jeng...Jeng...Jeng....
Ok..sebenarnya serunding nie dah lama Selangit Biru buat tapi semenjak setahun yang lalu Selangit Biru tak berapa nak aktif...
So la nie Selangit Biru nak kembali rancak menjual serunding nie....
Oooppppppsssss..ok..jom kita berkenalan dengan serunding Selangit Biru.....

Serunding hsh nie ada serunding daging,serunding ayam dan serunding ikan.
Sila Klik pasti sedap ye...Oder dan tempahan boleh Pm di page FB tersebut...
Dan....Jangan lupa like ye....
heheheehe...

Serunding hsh...Pembekal serunding


Tempahan Jualan Hari Raya di Bulan Ramadhan 2016

Kami menjual dan membekalkan serunding daging,ayam dan ikan. Serunding kami di jamin sedap,lazat,tahan lama dan bahan-bahan yang di gunakan terjamin halal.kami membekalkan kepada perniaga-perniaga runcit terutama pada musim perayaan.


Harga Serunding hsh :

Daging
1kg - rm 70
3kg ke atas - rm 60/kg
250g - rm 18

Ayam
1kg - rm 80
3kg ke atas - rm 65/kg
250g - rm 20

Ikan
1kg - rm 60
3kg ke atas - rm 50/kg
250g - rm 15

Boleh hubungi kami serunding hsh



                          

Saturday, November 14, 2015

UNIRAZAK MAJLIS KONVOKESYEN KE - 15


Entry kali ini mengenai Konvo UnirazakAdik Bongsu di Menara Berkembar Bank Rakyat.


Selangit Biru dan Family terasa amat-amat teruja...maklumlah first time ibu dan ayah mertua Selangit Biru menghadiri Konvo seperti ini. Adik Selangit Biru belajar di Unirazak di Sabah tapi Konvo di Kuala Lumpur.
Dua tiga hari sebelum Konvo Ibu,Ayah dan Adik pun datang ke KL..Macam biasa mereka tinggal di Shah Alam di rumah Kakak suami Selangit Biru memandangkan sana lebih dekat  dan semua adik beradik suami Selangit Biru berkumpul di sana, termasuklah Selangit Biru Sefamily ...hehehe..

Hari yang di nanti-nanti pun tiba, semangat Adik Bongsu kami..ye la orang nak terima ijazah lah katakan....walaucamna pun Congrat di ucapkan....Seperti yang di rencana kan kami pun pergi ke majlis Konvo tersebut....







Meriah Sungguh rasanya..Selesai majlis kami pun pulang..




Saturday, September 12, 2015

7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu

Rahsia di sebalik nama...
MENGGATAL, TAWAU, PENAMPANG, PUTATAN, PAPAR, TUARAN DAN KOTA BELUD.
 Kenapa Nama Menggatal & 6 Tempat Di Sabah Yang Confirm Korang Tertanya-tanya...Nak tahu ..????

NAK TAU KE...JOM KLIK SINI....KLIK..KLIK..KLIK...





PANAS OH PANAS !!!

                                                                      Aduhai..kesiannya anak Selangit Biru yang sorang nie..Hasdi atau l...